Posts

Tindakan SPRM Boleh “backfire” ?

Image
Jika tindakan SPRM mendedahkan salahlaku, seperti rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa berterusan sehingga pendakwaan ke mahkamah, maka tindakan  agensi itu, memang tindakan “genuine”, namun jika tindakan mereka hanya bertujuan mencipta persepsi, kerana “memeram” siasatan, apatah lagi dalam masa yang panjang, maka ianya akan “backfire” kepada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri yang diperintah parti Barisan Nasional.

2.  Memang mudah menyediakan kertas pertuduhan, namun apakah pertuduhan itu mempunyai fakta yang mencukupi sehinggakan mereka yang kena tuduh didapati bersalah, atau kah selepas perbicaraan OKT dibebaskan mahkamah.

3.  Pihak Peguam Negara mempunyai pertimbangan dalam menentukan pertuduhan, yang mana pertuduhan itu mempunyai 90% boleh terbukti di mahkamah.

4.  Dalam isu skandal RM7.5bilion dana KKLW daripada Tahun 2009-2015 untuk kawasan luar bandar Sabah, dikatakan sejumlah RM1.5bilion daripada dana itu telah diselewengkan.  Bebanan pembuktian kini terletak pada …

PRU14 Sabah : Kebarangkalian Keputusan

Image
PRU-14 akan menggunapakai daftar pengundi yang mengandungi 1,043,000 pemilih. Jika 83% turun mengundi, maka seramai 455,260 pemilih akan mengundi Bn, manakala 410,429 pemilih akan mengundi pembangkang.

2.  Jika 80% turun mengundi, maka seramai 438,805 akan menungundi Bn, manakala 395,594 pemilih akan mengundi pembangkang.

3.  Berasaskan dua senario peratusan penundi yang turun mengundi, iaitu 80-83%, maka Bn akan mendapat undi 438,805-455,260; manakala pembangkang akan mendapat undi antara 395,594-410,429.

4.  Pemilih yang mengundi pembangkang terpecah menerusi parti Warisan Sabah akan mendapat undi antara 155,836-161,681; PKR 70,778-73,432; DAP 54,169-56,200; STAR 48,440-50,257; SAPP 27,382-28,409, PAS 20,800-21,580; DLL 18,186-18,868.

5.  Berasaskan angka-angka itu, Bn akan mendapat undi popular sebanyak 52.59%.

6.  Dengan undi popular itu, Bn akan menang antara 34-46 kerusi Dun, berbanding pembangkang antara 16-26.

7.  Bagi tujuan menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah, hanya d…

Harapan Tsunami Melayu untuk Pakatan Harapan telah ditumpaskan

Image
Teori Fizik Tsunami ; mula-mula harus ada pergeseran besar ruang yang disebabkan oleh peristiwa alam semulajadi seperti gempa bumi atau kejadian buatan manusia seperti ledakan nuklear. Kemudian, peristiwa ini mesti berlaku di lautan yang cukup dalam untuk menyebabkan reaksi berantai dan pergerakan gelombang tenaga yang berterusan. Dan mesti ada pantai yang cetek untuk gelombang berkapasiti tenaga ini ke darat untuk menimbulkan pukulan yang berterusan di pantai. Itulah Tsunami secara ringkasnya.

Oleh itu, jika seseorang ingin meminjam istilah Tsunami mengenai masyarakat Melayu, seseorang juga mesti mengikuti prinsip bagaimana kerja-kerja Tsunami.

Anda mesti mempunyai sesuatu yang menyebabkan anjakan besar ruang (atau ketidaksenangan), apa itu sesuatu?

Ini mesti berlaku dalam persekitaran air yang mendalam untuk menghasilkan gelombang yang dikemas tenaga, apakah persekitaran air yang mendalam?. Di manakah pantai cetek yang Tsunami ini boleh mendarat?

Pakatan Harapan berharap atau ingin…

Siasatan Dana RM7.5 bilion KKLW Semakin Terdedah !

Image
Daripada awal-awal lagi, penulis menganggarkan bukan RM1.5 bilion diselewengkan melainkan lebih daripada itu.

2.  Memang SPRM mengalami kesulitan menentukan jumlah sebenar yang diselewengkan. Agensi itu memerlukan analisa forensik untuk menentukannya.

3.  Modus Operandi penyelewengan dana itu telah bermula daripada pemilihan kontraktor. Misalnya, untuk maksud tender terhad, diperlukan 10 syarikat. Daripada 10 syarikat itu, hanya satu yang dipilih. 9 syarikat lain, adalah syarikat yang “dibayar” oleh syarikat yang diberikan kontrak. Syarikat yang mendapat kontrak tersebut selain membayar RM30,000 setiap lesen yang dipinjam, juga perlu membayar 20% kos projek kepada pihak “tertentu”.  Jika kos projek RM100 juta, ertinya RM20juta sebagai “kickback). Berasaskan kepada 20% kicikback, maka SPRM menganggarkan RM1.5bilion diselewengkan.

4.  Syarikat pelaksana, akan menentukan keuntungan antara 20%-30%, makna kata, jika jumlah dana RM7.5bilion, sekurang-kurangnya RM2.7bilion tidak menjadi seb…

Membohong Jadi Pilihan Tun Dr Mahathir

Image
1.  Boleh kah dalam dunia yang bertamadun, menuduh orang pencuri, selain tiada bukti mencuri, juga tiada barang yang hilang.

2.  Mengapa Tun Dr Mahathir pada usia senja, masih memilih cerita bohong?

3.  Sejak tahun 2014, beliau telah menjadikan 1MDB sebagai kambing hitam untuk menjatuhkan Dato Seri Najib Razak daripada jawatan Perdana Menteri.

4.  Sebagai impak kepada kolaborasi beliau dengan media asing, pembangkang, dan terkini DOJ Amerika, tiada satu buktipun, bahawa wang 1MDB telah hilang.

5.  Rakyat Malaysia tahu, IPO syarikat milik kementerian kewangan gagal diterbitkan, isu persepsi negatif yang dicipta Tun Dr Mahathir.

6.  Oleh kerana berbagai dakwaan negatif terhadap syarikat itu, maka Perdana Menteri mengarahkan siastan menyeluruh, yang melibatkan berbagai pihak, daripada PDRM, SPRM, Bank Negara, Ketua Audit Negara malah Jawatan Kuasa Kira Dewan Rakyat (PAC). Apabila semua siasatan selesai, Peguam Negara mengumumkan, tiada sebarang salah laku berlaku, sebab itu, tiada asas …

Malapnya Parti Warisan Sabah

Image
Sudah pun belum teruji mana-mana pilihan raya, kedudukan parti yang ditubuhkan mantan Naib Presiden Umno Datuk Shafie Apdal semakin malap.

2.  Parti Warisan Sabah hanya bertunjangkan seorang pemimpin, iaitu Shafie. Walaupun parti itu disertai MP Penampang daripada PKR dan ADUN Likas daripada DAP, serta seorang lagi ADUN daripada Umno, namun mereka itu, bukanlah pemimpin.

3.  Darell Leiking menang di Penampang kerana parti, demikian Junz Wong di DUN Likas, sama halnya juga dengan Jaujan di Sulabayan.

4.  Kalau juga dilihat status Shafie, beliau menang kerana parti, sebabnya, beliau hanya mula bertanding selepas parti Umno yang beliau sertai telah menjadi tunjang kerajaan Bn Sabah. Shafie bertanding di Parlimen Semporna menggantikan bapa saudara beliau Datuk Sakaran Dandai (kini Tun) pada PRU 1995.

5.  Sementara Naib Presiden parti itu yang ditahan reman oleh SPRM Peter Anthony kerana skandal RM7.5bilion dana KKLW untuk rakyat luar bandar Sabah, hanya merupakan Presiden sebuah NGO KDM.

Shafie Dengan Dana RM7.5bilion KKLW

Image
Datuk Shafie Apdal, suatu masa lalu, pernah menyatakan, tiada hasrat merebut jawatan Ketua Menteri, kerana Kementerian yang beliau terajui lebih banyak peruntukan berbanding kerajaan negeri.

2.  Kenyataan beliau itu, memangpun benar, kerana peruntukan KKLW berpuluh kali ganda berbanding bajet tahunan negeri.

3.  Bayangkan dana RM7.5bilion daripada Tahun 2010-2015, purata RM1.5bilion setahun atau 37.5% berbanding bajet tahunan negeri.

4.  Bajet KKLW untuk luar bandar, 100% untuk penyediaan kemudahan asas yang diperlukan rakyat, manakala bajet negeri, meliputi keseluruhan, termasuk bayaran pengurusan seperti gaji kakitangan.

5.  Kini, SPRM sedang menyiasat sebahagian daripada dana KKLW untuk tempoh masa itu, yang dikatakan sekurang-kurangnya RM1.5bilion telah diselewengkan.

6.  Sejarah kepimpinan Shafie, memang cukup unik. Walaupun beliau merupakan pemimpin negeri, akan tetapi tidak sebulu dengan kepimpinan negeri.

7.  Selama menjadi anggota kabinet, beliau tidak pernah berkunjung horm…