Posts

Showing posts from May, 2017

Isu-Isu Pembangkang yang Tidak Logik & Rekaan semata-mata

Image
Jika diteliti, isu-isu pembangkang keluar masuk kampung, termasuk di laman-laman sosial, adalah isu-isu berulang yang tidak berfakta, isu-isu hanya dakwaan, malah hampir keseluruhannya isu-isu fitnah. Pentularan di media sosial termasuk paparan skrin yang mengaitkan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), kononnya mendaftar pihak-pihak tentu sebagai pemilih, namun selepas nombor kad pengenalan yang ditularkan disemak melalui http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/defaultbm.asp...; terbukti nombor kad pengenalan yang ditularkan tidak wujud.  Contoh pengguna facebook yang dengan nama TJ Ajamin mentularkan kad pengenalan bernombor 680702125285, kononnya pemegang kad pengenalan itu terdaftar di Kg Darau, Menggatal, parlimen Sepanggar, terbukti melalui semakan, kad pengenalan sedemikian tidak wujud. Melihat pada profile pengguna facebook itu, memakai songkok, seolah-olah beragama islam, namun pada bulan suci ini, masih sanggup menabur fitnah, kerana semata-mata mahu memalitkan kerajaan dan agensi sepe

Mengapa perlu PRU awal bagi sabah ?

Image
ADA dua penyebab mengapa Sabah bercadang mengadakan PRU-14 lebih awal dan kemungkinan berasingan dengan negeri-negeri lain atau pusat.  Sebab pertama, Sabah lebih selesa dengan 60 jumlah kerusi DUN walaupun ada tambahan 13 kerusi kerana persempadanan semula. Sebab kedua, melalui pilihan raya berasingan, maka jentera Parti Barisan Nasional akan tertumpu ke Sabah seperti mana PRN Sarawak tahun lepas. Memang jentera Parti Barisan Nasional Sabah boleh dikatakan cukup, namun jika jentera negeri-negeri lain atau pusat terutama kehadiran para pemimpin utama khususnya Perdana Menteri atau Timbalan beliau, maka akan memberi ' boost ' kepada jentera Sabah. Selain itu juga, rakyat akan lebih yakin semasa mengundi bahawa mereka benar-benar dibela! Keputusan sama ada Sabah perlu mengadakan PRU-14 lebih awal perlu juga melihat,carian di lapangan apakah melalui PRU-14 lebih awal akan menguntungkan Parti Barisan Nasional secara keseluruhan? Hal ini kerana jika Sabah dibenarkan mengadakan

Shafie bertanya Anifah Menjawab !!

Image
Berkaitan dengan pertanyaan Shafie, apa sumbangan Datuk Anifah Aman, terhadap Sabah, sambil mendakwa, bahawa Anifah gagal mengurus tuntutan Filipina ke atas Sabah.  Sebenarnya, tiada siapa pemimpin negara ini, boleh memansuhkan tuntutan Filipina ke atas Sabah, kerana tuntutan itu sebahagian daripada perlembagaan negara itu. Tiada Presiden Filipina yang sanggup mengubah perlembagaan negara itu, termasuk Duterte, kerana senjata itu, kerap digunakan  oleh setiap pemimpin negara itu, untuk mendapat sokongan rakyat negara itu. Sebagai contoh, semasa Duterte bertanding Presiden Filipina, beliau membuat kenyataan, bahawa Sabah Milik Filipina, walaupun kenyataan itu mengundang protes Malaysia, akan tetapi, isu itu boleh mendapat sokongan daripada rakyat negara itu. Sebenarnya, kalau mengikut piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, setiap negara yang menjadi anggota pertubuhan dunia itu, maka telah mengiktiraf semua wilayah dalam negara berkenaan, maknanya, tiada lagi sebarang negara boleh menuntut wi

Bah, Banyaknya Sumbangan Shafie Pada Rakyat Sabah !

Image
Pada 23 Mei 2017, di Kg Langkawit, Papar, sempena penerimaan keahlian daripada mantan-mantan ahli parti UPKO yang diketuai mantan Ketua Bahagian parti UPKO , Papar, Presiden parti Warisan Sabah, Datuk Shafie Apdal mempertikai sumbangan Datuk Musa aman dan Datuk Anifah Aman kepada rakyat Sabah. Dakwaan Presiden parti Warisan itu, Sabah mempunyai kewangan untuk memajukan Sabah, akan tetapi, Musa sebagai ketua Menteri gagal memajukan negeri dan rakyatnya. Apa yang tidak diberitahu Shafie kepada mereka yang hadir itu, bahawa Sabah hanya mempunyai bajet tahunan berlegar-legar pada angka RM3.5- RM4 bilion setahun. Melalui bajet itulah semuanya diambil, termasuk gaji kaki tangan awam, gaji para menteri, elaun para wakil rakyat, peruntukan tahunan para ADUN, bantuan kepada badan-badan keagamaan dan sosial, selain sekolah-sekolah bukan kerajaan. Di samping itu, melalui bajet itulah, bersumbernya pembinaan kemudahan asas yang mendesak, seperti jalan-jalan kampung, bekalan eletrik luar bandar

Benarlah, Sekeping Gambar Membawa 1001 Makna.

Image
Kerana gambar Datuk Shafie Apdal bersama adik kepada Jamalul Kiram III,  Agimudin Kiram yang menceroboh Kg Tanduo Lahad Datu pada Februari 2013, sehingga menyebabkan beberapa anggota keselamatan terkorban, menjadi berita muka hadapan Harian Express Sabah  25 Mei 2017. Gambar Shafie bersama Agimudin sebenarnya telah lama dibangkitkan seawal tahun 2013 lagi, khususnya menjelang PRU-13.  Mereka yang membangkitkan itu, adalah para pemimpin pembangkang, termasuk Darell Leiking. Di media sosial sepanjang PRU-13, para penyokong pembangkang menularkan gambar Shafie itu, dan mengaitkan beliau dengan militan sulu yang menceroboh Kg Tanduo. Minggu lalu, seorang peguam asal Semporna Datuk Ainal Fattah, membuat kenyataan akhbar yang disiarkan Daily Express Sabah, meminta penjelasan Shafie, mengapa Presiden parti Warisan Sabah itu boleh bergambar dengan Agimudin Kiram, kerana individu itulah yang mengetuai penceroboh pengganas sulu, di Kg Tanduo, Lahad Datu. Anial membangkitkan gambar Shafie den

" Kalau mahu Jawatan cakap saja bah "

Image
Para pemimpin parti pembangkang, kalau berjumpa rakyat, berbuih mulut berpidato, dengan berbagai tomahan dan dakwaan kepada kerajaan yang sedang memerintah. Berhujah macam-macam, membuat janji bulan bintang. Akan tetapi, tidak beritahu rakyat, sebenarnya tujuaan utama mereka itu, adalah jawatan. Jawatan Ketua Menteri, menteri, setiausaha politik, pengerusi syarikat-syarikat kerajaan. Kemudiannya, apabila ada kedudukan, maka sekau projek-projek kerajaan. Itu saja ba tujuan mereka itu. " Bukti jelas, semasa mereka ada jawatan, wang untuk rakyat pun mereka sakau, sehinggakan kemudahan untuk rakyat, tidak selesai. " Oktober 2016, apabila SPRM bertindak menangkap beberapa pegawai Jabatan Air Sabah, maka terbongkarlah skandal penyalahgunaan dana KKLW sebanyak RM3.3bilion, semasa Datuk Shafie Apdal sebagai menteri. Jadi bagaimana rakyat boleh menyokong  pemimpin yang mahu jawatan Ketua Menteri, sedangkan pemimpin itu mempunyai kudis!!!. Kepada rakyat, pemimpin politik,

BN Sabah : Jangan Fikir Soal "Siapa Calon"

Image
Apa yang paling mustahak adalah PARTI. Kemenangan parti merupakan matlamat utama. Penerimaan rakyat kepada parti merupakan tujuan utama. Oleh kerana sistem pilihan raya negara, berasaskan kawasan atau kerusi, maka calon-calon diperlukan. Kepada ahli dan penyokong parti, semasa membuang undi, hanya perlu melihat kepada lambang parti , kerana calon parti hanya mempermudah cara menyahut sistem demokrasi negara. " Jika kiblat kita adalah parti, maka soal-soal calon merupakan perkara kedua.  Oleh kerana calon merupakan perkara kedua, maka tidak timbul soal-soal umur dan sebagainya, kerana yang dilihat adalah parti. " Di zaman pemerintahan Tun Mustapha Datu Harun, semasa pilihan raya, tidakpun melihat siapa calon, melainkan parti, sebab itu ada istilah masa itu, “topi” Tun Mustaphapun menjadi calon, maka calon parti tetap menang, sebabnya, rakyat telah diberi tahu dan demikian juga keinginan rakyat, kemenangan parti merupakan perkara pokok. Berdepan PRU-14, sayugianya penentu

Kerjaan BN Sabah - Sudah Mantap : Mengapa Perlu Ubah?

Image
Perjuangan parti Warisan Sabah, kononnya mahu kerajaan negeri yang kuat, supaya kerajaan pusat mendengar suara rakyat Sabah. Sejak tahun 2004, kerajaan negeri Sabah adalah kerajaan terkuat di negara ini, selepas negeri Sarawak. Jadi mengapa mahu mencari lagi kerajaan negeri yang kuat??? Terlupa kah Datuk Shafie Apdal, bahawa Sabah dan Sarawak merupakan simpanan tetap barisan nasional!!!!. Mengapa menjadi simpanan tetap? sebabnya kerana kerajaan negeri kuat. Jika tujuan parti Warisan Sabah diwujudkan seperti mana kata Presiden parti pembangkang itu, hanya untuk mengwujudkan kerajaan negeri yang kuat, maknanya, para pemimpin parti itu, sebenarnya sudah ketinggalan keretapi, kerana sudah 13 tahun, kerajaan yang memerintah negeri merupakan kedua terkuat selepas Sarawak di negara ini. Hujah Shafie, kononnya melalui kerajaan negeri yang kuat, maka pemimpin persekutuan akan mendengar suara rakyat Sabah. Aik, rupanya mantan Naib Presiden Umno itu sudah lupa, bahawa sebaik s

PRU 14: Apa Yang Rakyat Sabah Cari ?

Image
Apa yang rakyat Sabah cari pada PRU-14? apabila parti kerajaan yang ada meminta semula mandat untuk memerintah sepenggal lagi. Kurang lebih 12 bulan lagi, kerajaan yang ada akan meminta mandat semula daripada rakyat. Pada masa itu, 995,000 hakim/rakyat akan membuat keputusan, samada masih menyokong parti kerajaan yang sedang berkuasa atau menggantikan dengan parti yang lain. Mari kita lihat, faktor-faktor yang ada pada parti kerajaan yang sedang memerintah berbanding parti-parti yang mahu menggantikannya. Di mulai dulu dengan parti yang mahu mengambil kuasa, atau istilah yang kerap digunakan sebagai parti pembangkang. Parti-parti pembangkang yang ada di Sabah sekarang, tiga parti yang didaftarkan di Semenanjung, yakni DAP, PKR dan Pas. Manakala di Sabah, disebut hanya parti-parti yang menonjol, sebab terlalu banyak parti pembangkang tempatan. Parti-parti yang menonjol adalah parti Warisan Sabah, Parti Cinta Sabah, Parti SAPP, parti Harapan Sabah, parti STAR dan parti PAKAR. Meli

Ancaman Besar Pada Rakyat Sabah - Pembangkang Tidak Nampak

Image
Dalam kesibukan parti-parti pembangkang menjual Sabah for Sabahan, Sabah Ubah, mereka terlupa, bahawa ancaman besar pada rakyat Sabah adalah daripada kesatuan Eropah yang akan menghalang kemasukan produk yang berkaitan dengan kelapa sawit ke negara-negara kesatuan itu. Jika tindakan itu berlaku, maka akan mempengaruhi para peladang kelapa sawit di negara ini, khususnya daripada Sabah. " Jika benarlah, mereka itu mahu berjuang untuk kepentingan rakyat Sabah, mengapa tindakan yang nyata yang bakal mempengaruhi kehidupan rakyat Sabah, tidak menjadi sebahagian agenda mereka? Dalam  masa yang sama pula sibuk mengkritik, membuat dakwaan, bahawa kerajaan yang ada perlu diubah, tanpa memberi alasan munasabah, sebaliknya hanya membuat dakwaan fitnah, bohong dan seterusnya membuat janji-janji bulan bintang. " Mengapa acaman nyata seperti daripada kesatuan Eropah  (EU) tidak mendapat kecaman daripada mereka? jika benarlah mereka itu mahu membela hak-hak rakyat Sabah.

PRU-14 Sabah: Hanya Menghitung Hari Tersungkurnya Parti Warisan

Image
Mandat yang diberikan rakyat Sabah pada parti yang  sedang memerintah akan tamat tempoh pada jun 2018. Maknanya, mandat itu hanya berbaki 12 bulan lagi, sebelum pilihan raya, untuk meminta mandat semula daripada rakyat. Pada PRU-14, sejumlah 995,000 pengundi bakal menjadi hakim kepada parti yang sedang memerintah, 51 peratus daripadanya, sudah cukup bagi parti kerajaan meneruskan mandat untuk sepenggal lagi. Secara praktikalnya, setiap pilihan raya, sekitar 80 peratus daripada hakim-hakim itu membuat keputusan. Jika peratusan sebanyak itu, maka pada PRU-14, mereka yang benar-benar menjadi hakim berjumlah 796,000; 51 peratus daripadanya berjumlah 405,960 hakim.  Namun berasaskan  simulasi matematik, parti Barisan Nasional akan mendapat undi sejumlah 421,000; parti warisan 178,000, pakatan Harapan 136,000 dan bakinya parti-parti dalam gabungan 61,000 undi. " Berasaskan taburan undi, parti Barisan Nasional akan menang 24 kawasan parlimen dan 55 kawasan Dun."

Parti Warisan dan Lampu Ajaibnya

Image
Apa yang perlu disedari oleh pemimpin, bahawa mereka itu merupakan agen kepada penyelesai masalah. Pemimpin selain, agen kepada pembangkit pemasalahan yang dihadapi rakyat, akan tetapi juga sebagai pemudah cara menyelesaikannya. Keadaan demikian hanya didapati pada pemimpin yang merupakan sebahagian daripada kerajaan; manakala, mereka yang bukan, cuba pula berhujah, kadangkala hujah mereka itu lebih bersifat retorik dan sukar untuk dilaksanakan, jika melihat kepada situasi dan kondisi. " Bagi mengelak kekangan yang ada, pemimpin yang tiada kuasa, kadangkala mahu mengambil alih kuasa Tuhan, dan berhujah, bahawa mereka itu mempuyai lampu aladdin, apabila mendapat kuasa; sedangkan hujah-hujah mereka itu, kalau dilaksanakan, lebih menjurus kepada seperti tikus membaiki labu. " Hujah Presiden parti Warisan, kononnya, apabila partinya mendapat kuasa, maka akan menubuhkan kementerian pendidikan negeri dan kementerian kesihatan sendiri. Hujah ini, hanya merup

PRU-14 Sabah: Rakyat Perlu Mempertahankan Kerajaan BN

Image
Mengapa rakyat Sabah perlu pertahan kerajaan BN Sabah?  Sebabnya kerajaan yang sekarang ini, mampu menurunkan kadar kemiskinan Sabah, kerajaan yang ada sekarang lah yang mampu meningkatkan pendapatan negeri Sabah, kerajaan yang ada sekaranglah mampu meningkatkan simpanan kewangan negeri, kerajaan sekaranglah yang mencipta pengurusan kewangan tanpa teguran daripada Ketua Audit negara, kerajaan sekaranglah yang mendapat pengiktirafan dunia dalam sistem pengurusan kewangan. Kerajaan sekaranglah, yang  berjaya merealisasikan Lebuh Raya Pan Borneo, kerajaan sekaranglah yang mampu mengekalkan hutan simpan sehingga 30 peratus keluasan negeri, kerajaan sekaranglah yang mendapat kerjasama tinggi daripada kerajaan Persekutuan, kerajaan sekarang inilah yang berjaya membina Universiti Malaysia Sabah (UMS), kerajaan sekarang inilah yang dapat menaiktaraf Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan Sandakan, kerajaan sekaranglah yang menjadi tumpuan kedua pelancong  luar negara selepas Kuala Lumpur. Keraj

PRU-14 Sabah:  Mengapa Perlu Pertahankan BN ?

Image
Apa yang dicari rakyat daripada sesebuah kerajaan adalah pembelaan, bukannya hujah-hujah retorik atau janji bulan bintang. Rakyat di semua kawasan parlimen atau Dun, perlu melihat kiri kanan dan depan, apa pembelaan kerajaan terhadap mereka. Rakyat perlu membandingkan keadaan mereka 10 tahun lalu, berbanding dengan keadaan sekarang. Apa kah berlaku “upgrade” atau “downgrade”. Pendekatan kerajaan sekarang bersifat “in-situ”, ertinya, setiap pemimpin kawasan perlu memastikan, pembelaan apa yang diperlukan rakyat. Rakyat setiap kawasan bekerjasama a dengan pemimpin perlu mengenalpasti, bentuk pembangunan atau kemajuan yang diperlukan. Kemudiannya bentuk pembangunan yang diperlukan itu, dimasukkan dalam pelan pembangunan daerah yang dikoordinasikan oleh pejabat daerah yang diketuai Pegawai Daerah. Pelan pembangunan itu kemudiannya dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri, untuk penelitian dan kajian, dan kemudiannya dikemukakan kepada kerajaan, untuk pelaksanaan. Setiap pela

PRU-14 Sabah : Faktor Yang Mempengaruhi Keputusan Rakyat

Image
Faktor utama yang mempengaruhi keputusan rakyat, pada sebarang keputusan, adalah faktor-faktor yang mempengaruhi kehidupan harian. Faktor itu, tidak lain tiidak bukan yang berkaitan dengan sara hidup, peluang mendapatkan pendidikan tinggi, peluang mendapatkan pekerjaan, selain peluang keamanan. Di Sabah, akibat pelaksanaan Government Service Tax (GST), yang kurang penjelasan berkaitan tujuan dan pelaksanaannya, sehinggakan setiap orang keliru, dan menjadikan satu sistem percukaian yang baik menjadi buruk. Kenyataan awal daripada pihak pelaksana, kononnya, apabila sistem itu menggantikan Sales Service Tax (SST), maka harga barangan keperluan harian turun, namun hakikatnya, bukan harga turun, sebaliknya meningkat. GST adalah cukai barang dan perkhidmatan, sementara SST adalah cukai jualan dan cukai perkhidmatan. GST adalah cukai yang dikenakan kepada pengguna yang menggunakan barang dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian sehingga pengguna, manakala SST adalah cukai satu aras

PRU-14 Sabah: Ke Mana Hala Tuju KDM ?

Image
Kalau data keputusan PRU-13 digunapakai, maka hala tuju kaum KDM, berkecenderungan menolak parti Barisan Nasional. Mengapa? sedangkan kumpulan itu, mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding kumpulan kaum-kaum lain. Di dunia, tiada kaum  dimana perayaannya disambut selama sebulan, bukan sahaja melibatkan rakyat, akan tetapi pemimpin dan kerajaan. Tadau Keaamatan, bukannya berasaskan agama, akan tetapi tradisi dan adat. Atas sebab itu, perayaan itu, tidak boleh disamakan dengan mana-mana tuntutan agama. Setiap bulan mei setiap tahun, pesta menuai atau tadau keaamatan disambut di Sabah, selama sebulan penuh, dan puncaknya adalah pada 30 dan 31. Sambutan Tadau Keaamatan, bukan sahaja di sambut di setiap daerah, akan tetapi di peringkat kampung, di seluruh kawasan, asalkan kawasan itu ada penduduk daripada kaum KDM. Bagi mengisi sambutan itu, yang paling menonjol adalah menobatkan gadis tercantik daripada kaum itu, melalui acara pencarian, Unduk Ngadau. Ga

BN ada Sumbangan kah di Sabah ?

Image
Benarkah Kerajaan Bn ada sumbangan di negeri Sabah ? Apa sumbangan BN di negeri Sabah yang sebenarnya ? Mari kita baca adakah benar BN ada menyumbangkan sesuatu kepada negeri Sabah... Sekadar menyebut beberapa pencapaian kerajaan negeri :- Kerajaan BN  menurunkan kadar kemiskinan Sabah dengan Sangat Ketara daripada 19.7% pada tahun 2009 kepada 3.9% pada tahun 2014. Antara usaha Kerajaan Negeri yang berjaya adalah Program Mini Estet Sejahtera (MESEJ), pelaksaan Geran Komunal, Agropolitan (Tongod) selain daripada bantuan-bantuan khas seperti PPRT dan bantuan kebajikan kepada golongan miskin, warga emas, OKU, ibu tunggal dan anak-anak yatim. Pada Mac 2006, YAB Ketua Menteri mengumumkan sebarang aktiviti pembalakan di Sabah akan dihentikan sama sekali bermula pada 31 Disember 2007. Sebanyak 53% atau kira-kira 3.9 juta hektar tanah telah diwartakan sebagai Hutan Rizab. Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk mengekalkan 30% atau 2.2 juta hektar kawasan terlindung. Ia kini telah men

Kukuhkah Umno dan BN di Sabah ?

Image
Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, dapat melihat, mengapa Umno dan Bn Sabah semakin kukuh. Parti-parti pembangkang tersalah anggap, apabila  Perdana Menteri menjadi sasaran berbagai pihak, melalui dakwaan-dakwaan yang dicipta atau direka, baik dalam negara mahupun luar negara, maka akan ramailah pemimpin Umno atau parti komponen Bn akan berpaling tadah. Bermula awal tahun 2014, berbagai dakwaan dialamatkan kepada Perdana Menteri, khususnya oleh  “Kempen Anti Najib@ANC” yang didalangi mantan Perdana Menteri, dengan mempergunakan isu sumbangan RM2.6 bilion daripada keluarga DiRaja Arab Saudi, bagi tujuan memalitkan imej buruk kepada Perdana Menteri ke-6 negara itu, dan melalui tindakan itu, maka memaksa beliau mengikuti jejak Perdana Menteri-5 negara melepaskan jawatan. Menerusi tindakan itu, maka berlakulah semacam komplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Mengapa dikatakan berlaku komplot? Sebabnya, telah melibatkan

Shafie Apdal Bersama Parti Warisan Tiada Uumph !!

Image
Shafie bersama parti Warisan Sabah, hanya keseorangan, mahu mengambil alih sokongan bumiputera islam, khsusunya daripada RUMPUN USBO , yang merupakan majoriti ahli parti UMNO, malangnya beliau tiada merit dan keupayaan untuk itu, kerana ahli dan penyokong parti UMNO masih berdiri teguh di belakang parti itu. Shafie tiada kekuatan bersaing untuk mendapatkan sokongan ahli atau penyokong parti UMNO, daripada para pemimpin yang ada sekarang, khususnya daripada Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Musa Aman, Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Salleh Tun Said, para pemimpin UMNO lain, seperti Datuk Hajiji Mohd Noor, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Datuk Abdul Ghafur Salleh, dan sokongan pertubuhan USBO kepada parti UMNO yang diterajui oleh Presiden pertubuhan itu, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia. Di atas kertas, nampak mudah, atas semangat politik nampak mudah, itulah perasaan penyokong parti Warisan Sabah, akan tetapi yang mahu dipengaruhi adalah rakyat yang telah melalu

Kami "Solid" di Sabah

Image
UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Sabah tidak pernah berada dalam kedudukan lebih bersatu seperti sekarang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Beliau berkata menyedari bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjadi sasaran komplot, UMNO BN Sabah telah mengukuhkan perpaduan dan berdiri teguh di belakang Ketua Menteri Musa Aman. "Pihak pembangkang hanya angan-angan jika mereka fikir berlaku perebutan kuasa di Sabah, yang akan mengakibatkan pertukaran kerajaan negeri. "Sabah telah membuktikan kesetiaan kepada parti dan kepimpinan parti dan akan terus berbuat demikian," kata Salleh menerusi catatan dalam blog terbaharu beliau, malam tadi. Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah berkata dakwaan mengenai perpecahan dalam UMNO atau BN Sabah telah berlarutan selama lebih sepuluh tahun dan terus timbul dari semasa ke semasa. Beliau berkata sebenarnya dakwaan bahawa Sabah sepatutnya

Kepimpinan Shafie Tiada Masa Depan ?

Image
Memang benar, Shafie Apdal mewakili suku kaum bajau, khususnya bajau pantai timur, sementara Darell Leiking sebagai Timbalan Presiden mewakili kaum Kadazan Penampang. Dalam dunia politik Sabah, hanya seorang pemimpin yang pernah berjaya bangkit semula, yakni Tun Fuad Stephens pada tahun 1976 melalui Parti Berjaya, itupun pada keadaan beliau berkedudukan sebagai TYT Sabah.  Selepas itu, tiada lagi pemimpin yang berjaya bangkit menjadi pemimpin utama selepas kehilangan jawatan. Tun Mustapha berusaha bangkit melalui pembubaran Parti Usno dan menjemput parti Umno sebagai wadah perjuangan politik untuk kembali berkuasa, namun niat beliau tidak kesampaian, malah sehingga beliau kembali ke rahmatullah, beliau berada di luar Umno. Demikian juga berlaku kepada Datuk Harris Salleh selepas kekalahan parti Berjaya, beliau mencuba untuk kembali melalui parti lain, akan tetapi gagal. Datuk Pairin melalui PBS juga mencuba kembali, namun tidak juga berjaya, dan terpaksa akur dan m

WARISAN LUMPUH !!! 1000 ahli Warisan & PKR masuk UMNO !

Image
KENINGAU: Umno Pensiangan menafikan 2000 orang ahlinya keluar parti dan menyertai Parti Warisan pimpinan Datuk Seri Shafie Afdal. Ketua Penerangannya, Sakim Ibrahim berkata, mereka tidak menerima berita apa-apa tentang adanya ahli Umno yang keluar sebaliknya hanya sebilangan kecil bekas ahli Umno yang memang telah pun diambil tindakan penggantungan keahlian oleh Lembaga Disiplin Parti kerana menyokong pembangkang dalam PRU13 yang lalu. “Kita tidak menerima maklumat tentang adanya ketua cawangan atau ahli-ahli UMNO Bahagian Pensiangan keluar parti. Memang betul ada sebilangan kecil ahli parti yang hadir tetapi sekadar mahu melihat suasana perjumpaan parti warisan.” Mengenai tindakan Encik Ampulas Kuluhu AJK Umno Pensiangan yang telah mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Parti Warisan, Umno Pensiangan tidak tergugat dengan tindakan beliau. “Tindakan beliau adalah bersifat peribadi,” katanya.

Benarkah Sabah diabaikan oleh Malaysia ?

Image
Manfaat  Sabah Dalam Malaysia Mengulas manfaat Sabah dalam Malaysia, perlu adil.  Tahun 1963, semasa pembentukan Persekutuan Malaysia, keadaan di Malaya dalam soal-soal kehidupan atau kemudahan, atau kadar pendidikan, berada pada kadar 50%, manakala Sabah, bermula pada kadar kurang daripada 10 peratus. Maknanya, semasa Sabah (North Borneo) merdeka, keadaan Sabah sungguh daif sekali. Kini, selepas 50 tahun, sekurang-kurangnya, apa yang ada di Semenanjung, juga ada di Sabah, walaupun daripada segi kualti tidaklah sama, seperti lebuh raya,  lapangan terbang, MRT, LRT, akan tetapi, jika dilihat daripada segi maksud, keadaan di Semenanjung, sudahpun wujud di Sabah.  Hanya mungkin, berbeza daripada segi fasiliti, akan tetapi, jika menilai daripada segi tujuan, ianya, sama. Soal pendidikan, di Sabah wujud proses pendidikan daripada tadika hinggalah ke peringkat universiti.  Daripada segi beli belah, ada pasar-pasar raya moden, seperti Imago, IB, Suria dan sebagainya. Daripada

Menjawab Fitnah Pembangkang Sabah

Image
Pada 27 April 2017, Darell Leiking, timbalan presiden Parti Warisan dan beberapa pemimpin parti Warisan telah mengeluarkan beberapa kenyataan berbentuk tohmahan terhadap kepimpinan kerajaan negeri dan persekutuan berhubung cadangan cuti kebangsaan sempena sambutan Pesta Kaamatan. Tohmahan: Menurutnya, selama tempoh 53 tahun orang asal Kadazandusun Murut merayakan Pesta Kaamatan namun ianya tidak dihormati dan tidak diberi pengiktirafan. Jawapan: Di peringkat negeri: 30 dan 31 Mei setiap tahun adalah cuti umum bagi negeri Sabah dan kerajaan menerusi Pejabat Daerah dan KDCA juga menganjurkan sambutan Pesta Kaamatan di daerah-daerah di seluruh negeri sebagai mengiktiraf pesta yang penting bagi masyarakat KadazanDusun Murut (KDM). Cuti umum Pesta Kaamatan bukan satu isu bagi rakyat di Sabah khasnya kaum KDM, ianya seperti juga cuti umum Pesta Gawai di negeri Sarawak. Di peringkat kebangsaan: Perayaan Pesta Kaamatan kini bukan sahaja disambut di Sabah tetapi sudah diraya di beberap