Posts

Showing posts from June, 2017

Silaturrahim & Saling Bantu Membantu Asas Kejayaan PRU14

Image
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menegaskan bahawa Kekuatan parti Umno, kerana para pemimpin, ahli dan penyokong  parti mempunyai kekuatan silaturahim dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Sifat yang pada parti itulah yang menjadi pendorong kepada rakyat secara umumnya menyokong parti itu sejak merdeka, dan atas sebab itu jugalah, rakyat Sabah memberi sokongan kepada parti itu memerintah negeri selama 23 tahun. Kekuatan silaturrahim dan saling bantu membantu perlu diperkukuhkan, kini dan selamanya, kerana menerusi kaedah itulah, menjadikan parti Umno sentiasa relevan, tidak mengira masa dan keadaan. Selagi kekuatan silaturahim dan saling bantu membantu menjadi faktor ikatan dalam parti, tiada parti yang boleh mengalahkan parti itu dalam pesta demokrasi. Faktor kekuatan silaturahim dan saling bantu membantu, menjadikan pemimpin, ahli dan penyokong parti sebagai keluarga besar. Bagi berdepan dengan PRU-14 akan datang, Musa meminta agar kekuatan silat

PRU14 Sabah : Muka Lama Dan Muka Baru

Image
Apa yang pasti, parti Barisan Nasional Sabah akan mengemukakan 21 calon-calon baru pada PRU-14 yang menjelang tiba, 16 calon bagi peringkat DUN dan 5 bagi peringkat parlimen. Sabah mempunyai 60 kawasan DUN, jika persempadanan semula tidak digunapakai. Sementara kawasan parlimen tetap 25 kawasan. Pada PRU-13 lalu, parti Barisan Nasional menang 48 berbanding pembangkang 12 pada peringkat DUN, manakala di peringkat parlimen, gabungan 13 parti itu menang 22 berbanding pembangkang 3. Pada PRU-13 lalu, hanya satu kawasan majoriti bumiputera islam di peringkat DUN dimenangi pembangkang, iaitu DUN Klias melalui Datuk Lajim Ukin, sementara di kawasan majoriti KDM dan cina 11. Bagi peringkat parlimen, dua kawasan cina dan satu KDM terlepas ke tangan pembangkang. Di kawasan Parlimen Semporna, Sulayaban, Tungku yang dimenangi parti BN pada PRU-13 lalu akan mendapat calon baru, kerana wakil rakyat di kawasan itu telah melompat kepada parti pembangkang, manakala DUN Tungku, k

Kolam Kecil Kolam Besar & Kapal Kecil Kapal Besar

Image
Sebahagian rakyat Sabah suka sangat memilih kolam kecil berbanding kolam besar, atau suka sangat naik perahu kecil berbanding kapal. Tahun 1990, semasa Tun Mustapha Datu Harun membubarkan parti USNO agar parti UMNO mengambil peranaan parti itu di Sabah, memberi hujah, sudah tiba masanya rakyat Sabah meninggalkan perahu kecil sebaliknya perlu naik kapal besar. Perahu kecil hanya boleh digunakan menyeberang sungai, manakala kapal boleh menyeberang lautan. Rakyat Sabah tidak boleh lagi hidup dalam kolam kecil, sebaliknya perlu hidup pada kolam besar. Kolam kecil hanya menyebabkan kemajuan rakyat Sabah terbantut dan tidak akan berkembang. Hujah demikianlah, salah satu penyebab, mengapa Bapa Kemerdekaan Sabah itu menjemput Umno masuk ke Sabah. Perkiraan pemimpin ulung Sabah itu, memang terbukti. Sabah, selepas diterajui parti Umno, bukan sahaja terlepas daripada negeri termiskin, malah kini berkembang maju seiring dengan kemajuan di Semenanjung. Sabah tidak pernah te

Perlantikan Naib Canselor UMS - Ada unsur Kenegerian kah ?

Image
Kenyataan Ketua Menteri Sabah berkaitan Naib Canselor UMS yang bakal menggantikan Prof Dr Harun Abdullah yang bersara, hendaklah daripada rakyat Sabah, bukan dilihat berunsur kenegerian, walaupun kelihatannya demikian, kerana kenyataan itu berasaskan fakta lapangan, bahawa terdapatnya rakyat Sabah yang mempunyai merit untuk dilantik pada jawatan itu. Universiti Malaysia Sabah, adalah satu universiti yang telah lama diperjuangkan oleh rakyat Sabah. Pengwujudan universiti itu, merupakan mercu tanda perjuangan rakyat Sabah termasuk para pemimpin negeri. Melihat kepada perjuangan rakyat Sabah itu, maka apabila rakyat Sabah menerajui universiti itu, maka akan terus menyalakan semangat perjuangan itu, dan penyandang jawatan itu termotivasi untuk membawa nama dan kedudukan universiti ke mercu kejayaan. Hakikat yang perlu diterima, sepertimana kata simpulan bahasa, betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Keadaan inilah yang bakal dipikul rakyat Sabah yang menduduki jaw

Parti Warisan, Sila Kawal NAFSU di bulan Ramadhan ini

Image
TIADA yang boleh dibuktikan melalui pemerintahan “single party”, kerana rakyat Sabah telah mengalaminya dua kali, pertama melalui pemerintahan parti Berjaya dan kedua melalui pemerintahan parti PBS. Bagaimana caranya pun pemerintahan sebuah “single party” bertindak seadil mungkin tidak akan dapat dicapai, kerana sifat “single party” mempunyai kepimpinan berpusat, yakni Presiden parti. Menerusi pemerintahan “single party”   kuasa tertinggi adalah berada pada tangan Presiden. Berlainan dengan pemerintahan yang bersifat “multiple party” walaupun kelihatannya “kuasa” berada pada Pengerusi, akan tetapi secara praktikalnya bukanlah demikian, kerana kedudukan pengerusi mempunyai kuasa yang sama “level” dengan kuasa presiden-presiden yang bergabung dalam kumpulan “multiple party” sepertimana yang diamalkan parti Barisan Nasional. Konsep perkongsian kuasa yang diamalkan parti BN, bahawa setiap komponen parti tidak kira parti itu besar atau kecil adalah sama rata, dan tiada yang bertin

Benarkah ekonomi Malaysia Gagal ? - Bahagian 2

Image
Demikian juga negara kita yang merupakan pengeksport barang-barang elektronik, minyak kelapa sawit, produk berasaskan getah atau getah, produk berasaskan kayu yang mempergunakan dollar amerika, dengan menurunnya tukaran wang negara terhadap dollar, maka eksport barangan negara itu, sekiranya tetap bernilai sama, sebelum penurunan wang negara,  maka menguntungkan negara kerana apabila nilai eksport ditukar kepada mata wang tempatan, ianya berjumlah lebih besar. Oleh kerana syarikat menggunakan mata wang tempatan, dan kos pengeluaran tetap tidak berubah, maka keuntungan syarikat akan lebih besar. Sebenarnya rakyat negara ini, yang kerap sangat bercakap soal penurunan nilai tukar ringgit terhadap dollar Amerika, sebenanya tidak terdedah kepada fenomena itu. Sebabnya, 90 peratus keperluan rakyat negara ini, seluruhnya produk tempatan dan sudah tentunya tidak terikat dengan nilai tukar asing. Mengapa mereka itu, semacam berdepan kiamat? apabila nilai ringgit merosot berbanding doll

Benarkah ekonomi Malaysia Gagal ? - Bahagian 1

Image
Sesiapa yang minat memperhatikan bagaimana fiskal negara diurus sejak tahun 2009, sebaik sahaja Datuk Seri Najib Razak dilantik ke jawatan Perdana Menteri, maka dapat dilihat bagaimana defisit fiskal negara terus berkurang. Tahun 2009 (-6.7%), 2010 (-5.3%), 2011 (-4.7%), 2012 (-4.3%), 2013 (-3.8%), 2014 (-3.4%), 2015 (-3.2%) dan 2016 (-3.1%).  Selama 8 tahun, pentadbiran DS Najib  berjaya menurunkan defisit  dengan kelajuan purata 4.31% setahun, atau berjaya menambah pendapatan negara  sebanyak 116.13% untuk tempoh masa itu. Fakta itu, disokong oleh pertumbuhan KDNK negara yang berlegar-legar pada purata di atas 5% setahun. Sebagai perbandingan, selama 48 tahun, pertubuhan KDNK Singapura 43 kali telah mengatasi pertubuhan negara, kecuali bermula tahun 2012-2016, pertumbuhan negara mengatasi negara jiran itu. Tahun 2012 (M=5.5%; S=3.7%) 2013 (M=4.7%; S=4.7%), 2014 (M=6%; S=4.68%), 2015(M=5%; S=2%) dan 2016 (M=4.2%; S=1.8%) bagi suku pertama 2017 (M=5.6%; S=2.7%). Jika ada pihak yang