Impak sebenar Shafie terhadap BN Sabah



1.  Menganalisa politik Sabah tidak mudah.  Mereka yang tidak mahir berkaitan politik Sabah, cenderung membuat kesimpulan salah.

2.  Tahun 2012, Merdeka Center telah membuat kajian berkaitan politik Sabah, khususnya kedudukan Datuk Seri Musa Aman. Terbukti, semua kesimpulan pusat itu ke laut, apabila tidak terbukti pada PRU-13 lalu.

3.  Pada kali ini, pusat yang sama juga membuat kajian. Hasil kajian itulah diguna pakai wartawan “ freemalaysiatoday ” menerbitkan artikel pada  2 Ogos dengan tajuk “ Shafie might be key to breaking Umno”s stranglehold on Sabah”.

4.  Memang Datuk Sahfie telah menjadi pemimpin Umno selepas Dato Sakaran Dandai (kini Tun) dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Sabah selepas Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba.

5.  Shafie dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno Sabah, dan kemudiannya sebagai Setiausaha politik kepada Ketua Menteri ( semasa Datuk Sakaran Ketua Menteri).

6.  Tahun 1995, Shafie dicalonkan di Parlimen Semporna mewakili parti Umno. Atas tikit Umno, beliau terus menang sehinggalah pada PRU-13 lalu. Kini, beliau masih merupakan MP Semporna.

7.  Memang benar, shafie julung kali pemimpin Umno Sabah, menang Naib Presiden parti. Kemenangan beliau, kerana sebagai impak daripada Dato Seri Najib Razak, kerana suatu ketika lalu, MP Semporna itu merupakan “blueboy” Najib.

8.  Selain beliau dianggap dalam “inner circle’ Najib, Shafie juga mendapat sokongan padu daripada Umno Sabah, termasuk Bahagian Libaran yang diketuai Datuk Seri Musa Aman.

9.  Asas kepada sokongan padu Umno Sabah kepada Shafie adalah, julung kalinya seorang pemimpin Sabah yang bertanding jawatan itu mendapat sokongan penuh daripada Presiden parti. Ahli Umno Sabah, tahu menghargai peluang, sebabnya Umno Sabah, bukan pengamal seperti ketam dalam baldi.

10.  Terlihat juga semasa Shafie bertanding jawatan Naib Presiden parti, Datuk Musa juga turut bertanding, tetapi hanya jawatan AMT. Apabila dilihat daripada segi jumlah undi, undi yang diperolehi Musa jauh lebih tinggi berbanding yang diperolehi Shafie. Namun perbandingan itu, tidak adil, kerana jawatan yang ditandingi berbeza.

11.  Politik Sabah, tidak boleh dilihat pada senario yang digambarkan di atas. Politik Sabah, perlu mengimbau latar belakang seseorang pemimpin.

12.  Dalam politik Sabah, seseorang yang kelihatan kuat dalam parti, tidak semestinya pilihan rakyat. Tahun 1985, Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri) adalah Presiden parti Berjaya, namun tewas pada pilihan raya.  Allahyarham Salim Bacok, bukan pun Presiden parti, akan tetapi tidak tewas pada sebarang pilihan raya.

13.  Politik Sabah, dalam kedudukan kritis, akan melihat sumbangan dan perjuangan seseorang pemimpin. Sebab itu, Datuk Pairin Kitingan (kini Tan Sri), boleh menewaskan parti Berjaya pada tahun 1985.

14.  Kreteria yang ada pada Pairin, tidak terdapat pada Shafie. MP Semporna itu, terlahir di dulang emas, bukannya diperolehi melalui perjuangan beliau.

15.  Berlainan dengan Musa. Ketua Menteri Sabah ke-14 itu, melalui liku-liku perjuangan yang pahit, kerana menjadi pemimpin sebuah parti pembangkang.  Musa, terlibat secara langsung bagaimana memperkuat parti Umno, semasa parti itu mula mengembang sayap ke Sabah, di mana masa itu, Shafie masih sebagai pegawai kerajaan.

16.  Ahli Umno secara umumnya tahu, peranan Musa memperkuat dan memperkasa parti, berlainan dengan Shafie yang hanya menumpang kepada perjuangan pemimpin lain, khususnya bersembunyi di belakang Dato Sakaran Dandai.

17.  Kini, Shafie berjuang secara solo, pemimpin yang mengangkat beliau, masih merupakan pemimpin utama Umno Sabah, malah Datuk Nasir Sakaran, anak mantan TYT Sabah itu dan sepupu sekali Shafie, siang malam memastikan agar Umno terus kukuh bukan sahaja di Semporna akan tetapi di bumi Sabah.

18.  Kajian Merdeka Center yang digunapakai wartawan Free Malaysia Today itu, langsung tidak menyebut adik kandung Shafie yang juga ADUN Lahad Datu, dan merupakan Ketua Bahagian Umno Silam.




Musran Rakunman
2 OGOS 2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta