Mudahnya Kerja Jadi Pembangkang di Malaysia



Kerja pembangkang sungguh mudah. Bangun sahaja, capai telepon bimbit, buat dakwaan, fitnah atau bohong atau putar belit.

2.  Pembangkang tidak terhad masa. Masa mereka hanya dihabiskan dengan satu tujuan- buat dakwaan terhadap kerajaan.

3.  Bagi pemimpin kerajaan pula, bangun sahaja, kena lihat atur cara. Kalau jadual hanya mesyuarat di pejabat, agak tidak berat, tetapi jika jadual perlu turun padang, maka tiga jam sebelum acara, sudah bertolak ke lokasi.

4.  Rakyat kena faham perbedaan tata kerja pembangkang dengan kerajaan. Tata kerja pembangkang, tiada agenda tersusun. Mereka hanya membaca laporan apa yang dibuat oleh pemimpin kerajaan, kemudian putar belit laporan itu. Manakala pemimpin kerajaan pula, perlu sentiasa berfikir dan meracang yang terbaik untuk rakyat dan negeri sesuai dengan kapasiti masing-masing, sesuai dengan bajet yang diperuntukan.

5.  Pembangkang, dalam bertindak, kadang kala melebihi kuasa Tuhan, apabila boleh menuding jari dengan mudah kepada pemimpin kerajaan, bahawa sebarang musibah atau masalah yang didepani rakyat penyebabnya adalah pemimpin kerajaan.

6.  Pemimpin pembangkang dalam cara kerja mereka, hanya perlu menyusun ayat-ayat dakwaan, fitnah dan bohong, kemudian ditambah dengan gambar-gambar yang diedit atau direkayasa selepas itu di muat naik di laman sosial.




7.  Tugas pembangkang, adalah menafikan rakyat dengan cerita betul dan cerita berfakta, dan kalau boleh rakyat percaya, bahawa esok kiamat bakal berlaku.

8.  Kalau diamati dengan betul, cerita-cerita pembangkang, mereka itu tidak ubah seperti kera mendapat bunga. Mereka sebenarnya tidak tahu apa yang diperkatakan. Hujah mereka bukan bersandarkan ilmu akan tetapi berasaskan andaian.

9.  Kalau ditilik betul-betul, bagai mana pembangkang berhujah, itu ini, sedangkan mereka itu hanya duduk atas kerusi sepanjang masa di satu lokasi, berbanding dengan pemimpin kerajaan yang saban hari masuk kampung keluar kampung, melihat permasalahan rakyat.

10.  Memang tidak pelik, kalau di amati di media sosial, perkara buruk dan negatif digemari, namun, jika dianalisa, jumlah mereka itu, tidak sampaipun 1% daripada jumlah penduduk.

11.  Dalam dunia demokrasi, suara majoritilah yang menjadi pemenang.

12.  Pemimpin pembangkang dan penyokongnya, terperangkap dengan cara mereka sendiri, apabila  mengambil pendekatan fitnah dan bohong, kerana pendekatan itu mempunyai masa luput yang amat singkat. Ibarat kata pepatah, hilang kabus, nampaklah gunung.


M. Rakunman
17.08.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta