Projek KKLW satu pakej Lengkap.... Benarkah ?




Kenyataan Setiausaha Agung parti Warisan Sabah, JJ Loretto Padua Jr bagi membidas ucapan Datuk Seri Musa Aman semasa merasmikan Mesyuarat Bahagian Tuaran hujung minggu lalu, yang dilaporkan media online pro pembangkang, berkaitan tiang-tiang elektrik di Tongod, sebenarnya membawa pengertian bahawa projek-projek yang dikendalikan KKLW semasa Datuk Shafie Apdal menerajui Kementerian itu, tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Kerajaan negeri tahu, demikian juga kerajaan Persekutuan tahu, bahawa setiap Projek yang dilaksanakan KKLW merupakan SATU PAKEJ YANG LENGKAP

Kalau berkaitan elektik, maka bukan sahaja menyediakan tiang-tiang, akan tetapi pendawaian juga sebahagian daripada pakej. Selain itu, sebelum tiang-tiang  didirikan berserta dengan pendawaian, projek itu wajib mendapat kelulusan daripada Lembaga Litrik sebagai penjana tenaga. Namun, apa yang berlaku, kebanyakkan projek yang dilaksanakan KKLW  semasa Shafie masih menteri, tidak dijalankan menurut perancangan Lembaga Litrik Sabah, sebaliknya, projek-projek itu, semacam projek HANTU, tidak diketahui untuk siapa, siapa pengendali dan siapa pelaksana.

"  Kenyataan Loretto itu mengesahkan, bahawa memang betul, selama Shafie menjadi menteri bagi sebarang kapasiti termasuk Menteri KKLW, tidak pernah berbincang dengan kerajaan Negeri. Bayangkan kerajaan negeri pun, beliau tidak bawa berbincang, apa status SESB dibawa berbincang oleh Shafie!!  "

Sebenarnya, sebab musabab, mengapa Shafie enggan berbincang dengan sesiapa sahaja di peringkat negeri berkaitan projek-projek KKLW, supaya kroni-kroni beliau selamat daripada pemantauan kerajaan negeri, seperti mana yang berlaku pada Jabatan Air Sabah. Apabila pemantauan tiada, maka dengan sewenang-wenangnya para kroni Shafie mengaut keuntungan luar biasa.  Lihat sahaja bagai mana kayanya, orang-orang di sekeliling Shafie, seperti Peter Anthony, Aziz Jamman, tujuh generasi, kekayaan mereka tidak akan habis.




Musram Rakunman
31 Julai 2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta