Rendahnya Jati Diri Penyokong Pembangkang - Anjing Mati pun Salahkan Pemimpin Kerajaan

gambar sekadar hiasan


Para penyokong pembangkang, khususnya yang menggunakan media sosial bukan sahaja merendahkan-rendahkan status mereka sebagai manusia yang dikurniakan akal oleh Tuhan untuk berfikir, akan tetapi telah menjadikan diri mereka manusia-manusia pariah.

2.  Oleh kerana status mereka sudah menjadi manusia-manusia pariah, anjing mati di tengah jalanpun kerana terlanggar kereta, menyalahkan pemimpin.

3.  Demikian juga, parit tersumbat yang dilakukan penduduk, yang menyumbang kepada perluapan air hujan, sehingga menyebabkan banjir, termasuk isu yang mereka gunakan menyalahkan pemimpin.

4.  Hujan turun lebat melebihi kelebatan biasa; disertai air pasang, sehinggakan menyebabkan banjir, turut dikaitkan dengan pemimpin. Maknanya, mereka itu menyamai kuasa Tuhan, kerana dapat menuding jari peyebab banjir.




5.  1000 Dato Seri Najib Razak , 1000 Datuk Musa Aman, atau 1000 Datuk Salleh Tun Said atau 1000 pemimpin lain, tiada kuasa sebesar kuman pun boleh menghalang kuasa Tuhan (the act of god).

6.  Di dunia, tiada pemimpin pun yang didapati boleh melawan kuasa Tuhan. Tetapi apa yang malang sekali, para penyokong pembangkang atau anti kerajaan, secara tidak langsung MENGAKU  mempunyai kuasa Tuhan, atas sebab itu, boleh menyalahkan pemimpin atas kejadian fenomena alam.

7.  Di Sabah, para anti kerajaan menyalahkan Ketua Menteri, kerana musibah banjir. Melalui tindakan itu, secara tidak langsung mereka mengaku, mereka  mempunyai kuasa seperti Tuhan.  



Musran Rakunman
15.08.2017                    

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta