SAMPAI BILA HENDAK MENIPU RAKYAT ???


PEMBANGKANG menggunapakai peribahasa arab "dia yang menumbuk tetapi dia pula yang menangis". Demikian juga sandiwara Nothing To Hide 2.0 yang dijadikan tempat untuk menghina Tun Dr. Mahathir dengan membaling kasut dan selipar, semata-mata satu strategi mendapat simpati dan sokongan.

Kaedah serupa juga digunakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim semasa pengundian pada PRU-13 yang kononnya BN membawa masuk 40,000 Bangladesh untuk mengundi. Berasaskan kepada itu, maka Anwar meminta semua penyokong pembangkang keluar mengundi secara full force untuk mengimbangi pengundi Bangla itu.

Rakyat kena faham semua di sebalik rancangan pembangkang, kerana setiap rancangan mereka mempunyai muslihat politik.

Dakwaan-dakwaan seperti harta Sabah dan Sarawak di bolot oleh pemimpin Semananjung adalah dakwaan perang songsang untuk menarik rakyat Sabah dan Sarawak marah, sedangkan dakwaan itu merupakan fitnah dan bohong.

Cuba tanya diri sendiri, bagaimana orang lain boleh mengambil duit dalam dompet kita sendiri sedangkan kita sendiri yang jaga dan simpan. Jika wang dalam dompet itu keluar, maka kita sendiri yang keluarkan.

Berkaitan dengan minyak kononnya dibolot Malaya, KENYATAAN ITU TIDAK BENAR. Disebabkan minyak diusahakan oleh sebuah syarikat iaitu Petronas. Menerusi usaha syarikat itu, Sabah dan Sarawak tanpa mengeluarkan 1 sesen pun modal, akan tetapi dibayar berasaskan jualan produksi minyak dan gas tanpa mengambil tahu kos yang dibelanjakan atau di laburkan syarikat itu. Sabah dan Sarawak tidak mengenal apakah syarikat itu rugi atau untung. Apa yang pasti, setiap produksi atau penjualan, maka dua negeri itu perlu dibayar 5%.

Guna akal lah sikit, bermula tahun 1974 apabila Petronas menjalankan carigali minyak dengan modal sendiri yang berbilion dan pada masa itu Sabah dan Sarawak tiada kemampuan menyediakan wang pelaburan yang berbilion. Namun mendapat bahagian daripada tindakan pelaburan Petronas sebanyak 5 peratus daripada setiap produksi minyak.

Selain daripada minyak, tiada lagi harta Sabah dan Sarawak yang dikongsikan dengan Malaya. Oleh kerana semuanya dimiliki oleh dua negeri itu. Jika pembangkang mengatakan sebaliknya, maka kenyataan itu hanya kenyataan fitnah dan bohong.


Sumber  :  www.fitnahsabah.com



Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta