Betul Kah Rakyat Benci Najib ?



Menyebut nama Dato Seri Najib Razak menjadi kegemaran rakyat khususnya mereka yang pro pembangkang adalah hasil ciptaan pemimpin pembangkang yang menggunakan berbagai isu antaranya pembunuhan wanita Mongolia, isu kapal selam scorpene, dan berikutnya isu 1MDB.

2.  Pembangkang mempergunakan pendekatan pakar propaganda Hitler- Joseph Goebbels- Certa palsu jika diulang-ulang akhirnya menjadi cerita betul.

3.  Pembangkang  menerusi media sosial mereka, portal-portal pro mereka selain itu bantuan berbagai pihak termasuk media antarabangsa, maka terciptalah satu “imej” buruk yang melekat pada Perdana Menteri ke-6 negara itu.

4.  Apabila “imej” buruk telah berjaya dilekatkan kepada DS Najib Razak, Tun Dr Mahathir mengambil peluang itu, menerusi misi SELAMATKAN MALAYSIA.

5.  Mantan Perdana Menteri itu berhujah, Malaysia hanya selamat, jika DS Najib Razak meletakkan jawatan Perdana Menteri.

6.  Tun Dr Mahathir berfikiran, dengan mendesak DS Najib Razak meletakkan jawatan, kerana hanya cara itu sahaja Malaysia dapat diselamatkan.

7.  Namun, Tun Dr Mahathir tidak menyangka, bahawa DS Najib Razak, bagaikan karang di tengah lautan, kukuh dan tegak.

8.  Propaganda Tun Dr Mahathir menerusi SELAMATKAN MALAYSIA, dengan mempergunakan isu derma RM2.6bilion, istilah yang digunakan DOJ Amerika –Kleptokrasi-  yang dihubungkaitkan dengan 1MDB, menjadi pemudah cara kepada “imej” buruk kepada PM ke-6 itu yang menjurus kepada “kebencian” yang cuba digambarkan oleh pemimpin pembangkang dan penyokong mereka.

9.  Sebenarnya, jika diteliti betul, daripada semua dakwaan terhadap DS Najib Razak, hanya satu sahaja yang betul, iaitu berkaitan derma RM2.6 bilion, itu pun dakwaan pembangkang mengenainya jauh daripada kebenaran.

10.  Isu RM2.6 bilion, tidak sepatutnya menjadi punca “kebencian” terhadap PM ke-6 itu, sebabnya, namanya juga wang derma. Wang derma adalah daripada penderma, bukanpun berpunca daripada sekumpulan rakyat negara ini, seperti halnya dengan derma yang diterima Lim Guan Eng dan Rafizi Ramli.

11.  Kalau wang derma menjadi faktor kebencian, maka kalaulah adil, maka Lim Guan Eng dan Rafizi juga perlu terpalit dengan faktor kebencian.

12.  Oleh kerana Lim Guan Eng dan Rafizi Ramli yang juga menerima derma tidak mendepani “kebencian”, melainkan hanya DS Najib Razak mendepani “kebencian”, maka menunjukkan mereka yang terlibat benci kepada DS Najib Razak, adalah mereka yang tergolong hipokrit.

13.  Tun Dr Mahathir dusia senja beliau, mahu menggunapakai taktik yang beliau gunakan sebelum ini. Taktik-taktik seperti bergaduh dengan Tunku Abdul Rahman, Tun Hussien Onn, Tengku Razalegh Hamzah, Dato Seri Anwar Ibrahim, selain bergaduh dengan pemimpin negara besar, telah menjadikan beliau “hero”  baik dalam negeri mahupun luar negara.

14.  Kini, beliau baru menyedari, bahawa “taktik lama” beliau tidak laku lagi, sehinggakan beliau terpaksa menempoh pusingan U apabila bergabung dengan Lim Kit Siang sehinggakan gabungan itu sebagai gabungan HIPOKRASI TERHABAT ABAD INI.

15.  Sebenarnya, pembangkang dan Tun Dr Mahathir syiok sendiri, kononnya DS Najib Razak dibenci rakyat. Memang tidak dinafikan ada rakyat yang membenci, mereka itu adalah beliau, Lim Kit Siang, para pemimpin pembangkang dan penyokong pembangkang, bukan rakyat yang masih rasional, dan rakyat yang tahu berkaitan buruk baik, serta rakyat yang tahu cerita benar.




M Rakunman
6.10.2017



Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta