Dana KKLW RM7.5bilion : Kebocoran Tidak Kurang RM2.7bilion !!



Kalau dijalankan analisa forensik atau dignostik, berkaitan projek-projek yang dikendalikan KKLW di Sabah, kebocoran tidak kurang daripada RM2.7bilion.

2.  Jika berpandukan kepada komisyen 20% setiap rantai, iaitu PEMBERI PROJEK-SYARIKAT UTAMA-SUB-CON, maka angka RM2.7bilion adalah angka minima, bukannya RM1.5bilion seperti mana sangkaan awal SPRM.

3.  Di pihak SUB-CON, dikatakan keuntungan antara 20%-30%, jika demikian, maka kos yang tersedia untuk melaksanakan projek kurang daripada RM4.8bilion. Sebab itu, rakyat dapati, ada paip yang dipasang tiada air, ada loji penapis air, tetapi tiada air yang ditapis, ada tiang litrik, tetapi hanya tiang.

4.  SPRM bertindak menyiasat menggunakan seksyen 17(a), ertinya siasatan itu berkaitan menerima rasuah. Kalau demikian, maka agensi itu, lelbih fokus kepada para individu yang mengawal beberapa syarikat “main-con”. Kerana hanya fokus kepada syarikat “main-con”, sebab itu agensi itu menganggarkan sebesar RM1.5bilion yang diselewengkan dalam bentuk rasuah.

5.  Siasatan awal SPRM memang didapati, ada dalang utama yang mengawal beberapa syarikat “main-con” khususnya dana yang digunakan untuk  tender terhad. Tender terhad hanya memerlukan 10 syarikat. Dan syarikat yang diseneraikan itu, perlu diperakui oleh Menteri.

6.  Berkait dengan kenyataan Datuk Shafie Apdal, bahawa beliau tiada kaitan dengan syarikat-syarikat yang disiasat kerana terlibat mengendalikan projek-projek KKLW, memangpun betul, kerana beliau bukanpun pemilik syarikat. Beliau hanya memperakukan syarikat-syarikat yang mempunyai kelayakan. 

7.  Satu pertanyaan, mengapa syarikat-syarikat yang diperakukan itu, mempunyai maklumat berkaitan projek-projek? sedangkan tiada iklan untuk projek-projek tersebut.  Cuba bayangkan, Kerajaan Negeri Sabah pun, tidak mengetahui atau tiada sebarang maklumat berkaitan projek-projek tersebut, akan tetapi, syarikat-syarikat yang diperakukan itu, mempunyai maklumat yang lengkap berkaitan projek-projek di bawah kawalan KKLW.

8.  Berasaskan kepada modus operandi inilah, SPRM menyiasat projek-projek kendalian KKLW yang bernilai RM7.5bilion, disiasat menggunakan seksyen 17(a). Seksyen itu, antara lain, merangkumi pihak tertentu meminta rasuah, sebagai balasan untuk memperolehi imbuhan, dalam perkara ini projek.

9.  Berkaitan kenyataan Shafie, mengapa baru sekarang, dana KKLW untuk tempoh masa beliau sebagai menteri disiasat?  Sebenarnya, SPRM, sudah membuka siasatan mengenai projek-projek yang dikendalikan kementerian itu di Sabah seawal Tahun 2011, apabila MP Kota Kinabalu masa itu membangkitkannya di Dewan Rakyat.  Menurut MP Kota Kinabalu pada masa itu Dr Hiew King Cheu, terdapatnya “jack-up price” bagi projek-projek yang dikendalikan KKLW khususnya yang berkaitan projek yang tersenarai dalam sebutharga terhad. Meskipun projek-projek tersebut “over price’ tetapi dilapangan, semacam tidak berbekas.

10.  Bukan mudah menyiasat projek-projek di bawah kendalian sesebuah kementerian,  kerana biasanya, seluruh “SOP” dipatuhi. Proses kelulusan, pemberian dan perlantikan syarikat/kontraktor, semuanya teratur, malah Ketua Audit Negara juga, akan sukar mendapati kelompangan, kerana KAN, hanya berpandukan kepada SOP kewangan dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.

11.  Kalau bukan kerana keluhan berbagai pihak termasuk rakyat, di kawasan luar bandar, yang sentiasa berdepan dengan tidak tersedianya kemudahan asas, seperti Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB), bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Jalan Raya Luar Bandar (JRLB), maka pihak SPRM akan berdepan mencari kelompangan. Oleh kerana maklum balas daripada rakyat itulah, membuatkan SPRM bertindak, kemana wang RM7.5bilion untuk membina kemudahan asas itu dibelanjakan.

12.  Selain itu, keluahan wakil-wakil rakyat luar bandar, setiap kali persidangan Dewan negeri Sabah, mendorong SPRM untuk mencari tahu, apa yang berlaku dengan dana KKLW sebesar itu.
13.  Sebenarnya, apapun jumpaan agensi pembasmi rasuah itu, tidak akan dapat menyelesaikan kemudahan asas rakyat, dan untuk menyelesaikannya, sudah tentu kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan semula.

14.  Akibat projek-projek KKLW sejak tahun 2009-2015, telah menyebabkan beberapa pihak menjadi jutawan, sedangkan rakyat yang memerlukan terpaksa GIGIT JARI.






M.Rakunman 
08.10.2017



Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta