Himpunan Isu Pengundi Bangla Selepas PRU13 Serupa Himpunan Hapus Kleptokrasi



Pembangkang sudah membuat keputusan Memfitnah & Mengelirukan adalah cara untuk menimbulkan PERSEPSI buruk kepada Kerajaan Persekutuan.

2.  Selepas sahaja PRU13, pembangkang mengadakan Himpunan kononnya kemenangan mereka dirampas, kerana 40,000 Bangladesh mengundi pada PRU itu.

3.  Pada masa itu, mereka memilih isu fitnah dan mengelirukan agar rakyat terhasut dan turun ke jalan mencontohi Arab Springs untuk menumbangkan kerajaan.

4.  Kini, mereka yang sama berhimpun pada 14 Oktober dengan tema Hapus Kleptokrasi. Tujuan dan maksud himpunan itu, supaya rakyat menerima persepsi, bahawa DS Najib Razak adalah pencuri.

5.  Pembangkang sentiasa mengulang-ulang isu KLEPTORKASI istilah yang digunakan oleh Department of Justice (DOJ) Amerika yang membuat tindakan sivil berkaitan 1MDB.

6.  Tindakan sivil DOJ, biasanya hanya berkaitan cerita inuendo (rekaan). Dalam perkara ini, cerita rekaan itu dilakukan oleh Sarawak Reports dan kumpulan individu tertentu di bawah naungan Tun Dr Mahathir.

7.  Mengulang-ulang cerita lama (recycle) menggunakan pendekatan Pakar Propaganda Hitler - Joseph Goebbels, bahawa cerita palsu/bohong/fitnah itu jika diulang-ulang, maka akan menjadi betul.

8.  Pendekatan menggunakan perkataan Kleptokrasi adalah istilah yang dipilih Tun Dr Mahathir, Lim Kit Siang dan seluruh pemimpin pembangkang, termasuk mereka yang suatu masa mengaku sebagai “warak”.

Pembangkang sudah membuat keputusan, sebarang penjelasan atau fakta yang dikemukakan kerajaan berkaitan 1MDB tidak akan diterima. Mereka menanggap, laporan PAC Parlimen, Ketua Audit Negara, Peguam Negara, berkaitan 1MDB adalah palsu, melainkan yang benar adalah laporan Sarawak Reports, New York Times atau DOJ.



M Rakunman
4.10.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta