Isu Dana KKLW : Bukan RM3.3bilion Tetapi RM7.5bilion !!


1.  Siasatan awal SPRM, berkaitan dana untuk Sabah daripada Tahun 2009 hingga Tahun 2015, melibatkan RM7.5bilion bukannya RM3.3bilion sepertimana laporan sebelum ini.

2.  Daripada RM7.5bilion itu, sekurang-kurangnya RM1.5bilion telah diselewengkan.

3.  Dana KKLW untuk Sabah bertujuan untuk menyelesaikan kemudahan asas penduduk luar bandar, seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik luar bandar, jalan raya luar bandar, selain bantuan untuk penduduk miskin, seperti makanan tambahan untuk murid-murid sekolah rendah (RMT).

4.  Ekoran tindakan SPRM pada Oktober 2016 yang telah berjaya membongkar penyelewengan di Jabatan Air Sabah (JAS) apabila menjumpai wang tunai ratusan juta ringgit  yang disimpan mantan Pengarah jabatan itu berserta beberapa orang lagi, termasuk  dua mantan pengarah Jabatan itu.  Siasatan penyelewengan Jas sudah selesai, kerana mereka yang kena tuduh sudahpun dihadapkan ke mahkamah dan sedang menunggu untuk dibicarakan.

5.  Selepas setahun, pada Rabu, Datuk Peter Anthony telah  ditangkap SPRM  dan direman selama 5 hari bermula Jumaat hingga selasa depan. Beliau seorang kontrkator yang banyak terlibat dalam pelaksanaan projek-projek KKLW untuk tempoh masa itu.

6.  Masalah penyelewengan dana KKLW terbongkar, apabila terdapatnya rungutan rakyat berkaitan kemudahan asas luar bandar, sedangkan dana untuk itu, memang mencukupi bagi tujuan rungutan rakyat di seluruh Sabah.

7.  Di merata tempat di Sabah, di mana projek KKLW dikatakan telah dilaksanakan merungut, khususnya berkaitan Bekalan Air Bersih, malah ada penduduk yang mengadakan tunjuk perasaan, kerana berminggu-minggu tidak mendapat bekalan air. Ekoran daripada keadaan itu, maka kerajaan negeri menjadi pelik, mengapa keadaan demikian berlaku.

8.  Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa, selain kekurangan maklumat berkaitan projek-projek yang dilaksanakan KKLW, terutamanya, semasa Kementerian itu diterajui Datuk Shafie Apdal.

9.  Meskipun Shafie adalah pemimpin Sabah,  wakil rakyat daripada Sabah selain  Naib Presiden Umno daripada Sabah, namun selama beliau menjadi Menteri Persekutuan, tidak pernah berunding dengan kerajaan negeri, berkaitan pelaksanaan projek-projek di bawah kementerian beliau.

10.  Memang betul, bahawa pelaksana projek-projek KKLW adalah syarikat-syarikat tempatan dan agensi kerajaan negeri, namun, pihak kementerian berhubung secara langsung dengan jabatan-jabatan itu, tanpa melalui kerajaan negeri.

11.  Bagi agensi kerajaan negeri yang terlibat dengan projek kendalian kementerian yang dikawal Shafie, hanya berperanaan  sebagai penyelia projek. Atas kelompangan ini, dimanfaatkan oleh pegawai di agensi itu mencadangkan atau mengemukakan para kontraktor untuk tujuan pelaksanaan projek-projek.

12.  Kerajaan negeri, langsung tiada kawalan berkaitan para kontraktor atau syarikat-syarikat yang dilantik, kerana sepenuhnya ditentukan  di peringkat kementerian, malah jika berkaitan tender terhad, menteri yang bertanggungjawab memperakukan 10 syarikat untuk tujuan perlantikan.
13.  Kini, menerusi pembongkaran SPRM, sudah menjawab kemuskilan rakyat Sabah, mengapa kemudahan asas untuk rakyat tidak dapat diselesaikan.

14.  Sekurang-kurangnya rakyat maklum, bahawa bukan kerana kerajaan negeri tidak mahu menyelesaikan masalah rakyat, akan tetapi pihak-pihak yang diamanahkan untuk tujuan itu, tidak menjalankan tanggungjawab.

15.  Jika terbukti, bahawa RM1.5bilion daripada dana RM7.5bilion telah diselewengkan, maka ianya sudah cukup menjawab, mengapa loji-loji air yang dibina tidak berair, paip-paip yang dipasang tidak berair, tiang-tiang elektrik yang dipasang tidak berdawai.

16.  Dana sebesar RM1.5bilion bukan sedikit. Jika dana itu benar-benar digunakan, masalah bekalan air bersih luar bandar, seperti yang kerap berlaku di luar bandar tidak timbul.

17.  Mereka yang mendakwa bahawa kerajaan negeri di bawah kepimpinan Tan Sri Musa Aman, kononnya tidak menyelesaikan kemudahan asas penduduk luar bandar, setidak-tidaknya sudah terjawab.




M Rakunman
6.10.2017



Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta