Isu Dana RM3.3bilion KKLW - Rakyat Tetap Saja Gigit Jari



1.  Apapun hasil temuan SPRM berkaitan dana RM3.3bilion KKLW untuk Sabah tidak akan menyebabkan kemudahan asas rakyat luar bandar Sabah terselesaikan.

2.  Dana sudah lesap. Infra yang sepatutnya sudah dibina dan dinikmati rakyat Luar bandar, rakyat hanya gigit jari.

3.  Menerusi tindakan SPRM, sekurang-kurangnya menunjukkan, bahawa sebenarnya kerajaan telah mengotakan janji, untuk menyediakan kemudahan asas rakyat seperti Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB); Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Jalan Raya Luar Bandar (JRLB), namun semua itu tidak menjadi kenyataan kerana angkara mereka yang diberi amanah melaksanakannya, tidak menjalankan tanggungjawab, sebaliknya menggunakan dana yang disediakan kerajaan untuk tujuan peribadi.

4.  Tindakan SPRM pada Oktober 2016, pada masa itu hanya menjaring para pegawai kerajaan yang sepatutnya melaksanakan projek-projek infra itu, sebaliknya bertindak sebaliknya. Mereka yang ditangkap itu menyelewengkan sebahagian dana itu untuk kepentingan diri sendiri.

5.  Pada Rabu dan Khamis ( 4 dan 5 Oktober) selepas serbuan gelombang pertama, maka para biang kerok yang dicekup. Sama seperti serbuan pertama, Rabu dan semalam, sebanyak RM150 juta dan RM29 juta wang yang dipercayai daripada dana KKLW itu disita.

6.  Pada Khamis, seseorang kepercayaan mantan menteri KKLW telah ditangkap SPRM bersama-sama dengan seorang mantan Pegawai Kerajaan pangkat tinggi semasa mantan menteri itu masih menteri KKLW.

7.  Menerusi penangkapan ini, rakyat sekurang-kurangnya telah tahu, bahawa akibat tindakan beberapa individu yang rakus itu, kemudahan asas yang sepatutnya dinikmati berkecai.



8.  Rakyat Sabah khususnya, tahu, bukan  disebabkan oleh kerajaan Negeri pimpinan Tan Sri Musa Aman yang menyebabkan pembinaan kemudahan asas seperti BALB, BELB dan JRLB terbantut, akan tetapi disebabkan oleh mereka yang telah ditangkap, dan bakal ditangkap.

9.  Rakyat Sabah yang dinafikan kemudahan asas yang diharapkan, perlu meletakan 100% terbantutnya penyediaan infra itu kepada para individu yang telah ditangkap dan bakal ditangkap.

10.  Kepada rakyat Sabah, jika mendengar dakwaan-dakwaan daripada parti pembangkang yang keluar masuk kampung, kononnya kerajaan khususnya Tan Sri Musa Aman menghalang pembinaan kemudahan asas rakyat Luar bandar, sebenarnya, hanya taktik mereka untuk menutup perbuatan gila para pemimpin mereka.




M Rakunman
6.10.2017



Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta