PRU14 Sabah : Kebarangkalian Keputusan



PRU-14 akan menggunapakai daftar pengundi yang mengandungi 1,043,000 pemilih. Jika 83% turun mengundi, maka seramai 455,260 pemilih akan mengundi Bn, manakala 410,429 pemilih akan mengundi pembangkang.

2.  Jika 80% turun mengundi, maka seramai 438,805 akan menungundi Bn, manakala 395,594 pemilih akan mengundi pembangkang.

3.  Berasaskan dua senario peratusan penundi yang turun mengundi, iaitu 80-83%, maka Bn akan mendapat undi 438,805-455,260; manakala pembangkang akan mendapat undi antara 395,594-410,429.

4.  Pemilih yang mengundi pembangkang terpecah menerusi parti Warisan Sabah akan mendapat undi antara 155,836-161,681; PKR 70,778-73,432; DAP 54,169-56,200; STAR 48,440-50,257; SAPP 27,382-28,409, PAS 20,800-21,580; DLL 18,186-18,868.

5.  Berasaskan angka-angka itu, Bn akan mendapat undi popular sebanyak 52.59%.

6.  Dengan undi popular itu, Bn akan menang antara 34-46 kerusi Dun, berbanding pembangkang antara 16-26.

7.  Bagi tujuan menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah, hanya diperlukan 31 daripada 60 kerusi yang dipertandingkan, makakala kuasa 2/3 hanya memerlukan 40 kerusi.

8.  Angka-angka yang dipaparkan berasaskan simulasi matematik dengan mengambilkira senario politik masa kini.

9.  Namun, keputusan PRU-14, sangat bergantung kepada pengurusan pengundi semasa pilihan raya sebenar diadakan.  Pengurusan pengundi dan jentera pilihan raya boleh menyumbang swing pengundi antara 5-10%.

10.  Parti Bn kena memanfaatkan kekuatan mengurus pengundi, selain memperkukuh jentera pilihan raya.

11.  Jika pengurusan pengundi dan jentera pilihan raya dapat dilaksanakan secara maksimum, Bn boleh mengulangi keputusan PRU-13, malah boleh lebih baik.




M. Rakunman
17.10.2017


Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta