Siasatan Dana RM7.5 bilion KKLW Hampir Mencapai Sasaran !



1.  Menerusi pengkapan dua individu daripada parti Umno Sabah berkaitan Dana RM7.5 bilion KKLW, kini hampir “all round”, maknanya, SPRM tidak mengira latar belakang individu yang terlibat berkaitan dana itu.

2.  SPRM dalam rangka membongkar penyelewengan berkaitan dana itu, bukan sahaja berkerja “round the clock” akan tetapi “all round”.

3.  Kodu perlu diberikan kepada agensi itu, dalam usaha memberi tahu rakyat, mengapa hak mereka mendapat kemudahan asas yang diberikan kerajaan tidak mereka rasai.

4.  Adalah diakui, apapun keputusan pembongkaran berkaitan dana itu, rakyat bagaikan mentimun dengan durian, tetap sahaja dipihak yang rugi.

5.  Kehilangan dana itu, merupakan penyelewengan terbesar membabitkan rakyat luar bandar.

6.  Sungguh malang, kerana hanya mahu memperkaya diri sendiri, mahu mempunyai kedudukan, maka sanggup merampas hak rakyat susah yang sudah berdekad tidak mendapat apa itu kemudahan asas. Apa tah lagi sebahagian daripada dana itu adalah untuk pelajar miskin, bagi membantu mendapat makanan tambahan yang bergizi.

7.  Rakyat perlu membuka mata, bahawa mereka yang disiasat SPRM bukan calang-calang orang, daripada TIADA STATUS masa lalu, namun kedudukan mereka kini, KAYA RAYA, malah mempunyai kedudukan dalam politik.

8.  Mereka yang terlibat itu, adalah Harapkan Pegar, Pegar makan padi.

9.  Terserah kepada SPRM, bagai mana pengelibatan para individu yang kena siasat itu, tetapi apa yang jelas wang antara RM1.5- RM2.7bilion tidak akan kembali lagi. Apatah lagi ditambah baki dana itu, walaupun digunakan untuk membina projek-projek yang dimaksudkan, akan tetapi ada yang menjadi gajah putih, ada yang tidak berfungsi sepertimana diharapkan, malah ada yang tidak sesuai dengan speksifikasi.

10.  SPRM kena bertindak “once for all”, tanpa mengira status seseorang yang terlibat dengan penyelewengan dana RM7.5bilion, perlu didedahkan kepada rakyat dan seterusnya didakwa di mahkamah, agar menjadi pengajaran kepada pihak lain, supaya jujur dalam menjalankan tanggungjawab.

11.  Rakyat perlu menilai, jika para individu ini cuba-cuba mahu menjadi pemimpin, maka perlulah ditolak, supaya rakyat tidak dipatuk ular daripada lubang yang sama.





M. Rakunman
9.10.2017



Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta