Siasatan Dana RM7.5 bilion KKLW : Sabah Jadi Sorotan



1.  SABAH jadi sorotan kerana isu yang salah.

2.  Pada Oktober 2016, Sabah mula mendapat sorotan, apabila mencatat rekod rampasan wang berpunca daripada rasuah terbesar dalam negara.

3.  Pada awal Oktober tahun ini, sekali lagi Sabah menjadi sorotan, kerana isu Dana RM7.5bilion yang disiasat SPRM.

4.  Apabila telah terbongkar watergate Sabah pada tahun lepas, ada pihak-pihak dalam parti Warisan Sabah mempersoalkan tindakan SPRM, kerana tidak mendakwa pihak-pihak yang ditangkap itu menggunakan isu rasuah, melainkan menggunakan akta pengubahan wang haram dan keganasan.

5.  Sebenarnya Akta Pengubahan wang haram dan keganasan, lebih tinggi peringkatnya berbanding menggunakan isu rasuah. Rasuah terhad bidang liputannya, akan tetapi pengubahan wang haram dan keganasan menyeluruh.

6.  Kembali kepada siasatan dana RM7.5bilion, di mana menurut siasatan awal SPRM sebanyak RM1.5bilion telah diselewengkan.

7.  Untuk mencari tahu, bagaimana wang sebanyak itu diselewengkan, maka beberapa individu yang pernah mendapat beberapa projek daripada dana itu, telah ditahan reman oleh SPRM untuk tujuan siasatan.

8.  Pihak SPRM akan menahan puluhan individu lagi, termasuk pegawai kerajaan berpangkat tinggi, yang pernah bertugas di KKLW semasa kementerian itu masih dikawal Datuk Shafie Apdal.

9.  Menerusi siasatan SPRM berkaitan dana RM7.5bilion, setidak-tidaknya rakyat Sabah tahu, bahawa sebenarnya kerajaan Persekutuan telah pun menyalurkan berbilion peruntukan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat luar bandar, khususnya penyediaan kemudahan asas rakyat seperti air bersih, elektrik dan jalan raya kampung. Selain itu, bagi pelajar miskin yang tidak menerima bantuan, setidak-tidaknya mereka tahu, bahawa dana untuk mereka sebenarnya ada, akan tetapi diselewengkan oleh para individu yang tidak bertanggungjawab.

10.  Satu fakta mahkamah di mana kesnya serupa, apabila Datuk Pairin Kitingan pernah dijatuhi denda RM1,800 pada tahun 80-an, kerana didapati bersalah meluluskan satu projek di Tambunan kepada syarikat yang ada pertalian saudara.

11.  Jika melihat kepada isu dana RM7.5bilion, tahun 2009-2015, nampak gaya, bukan sahaja mereka yang ada talian persaudaran, akan tetapi adik beradik juga telah mendapat projek daripada dana itu.

12.  Jika melihat fakta mahkamah, jika menerusi siasatan SPRM, didapati ada saudara mara atau adik beradik  Datuk Shafie Apdal mendapat projek-projek di bawah kawalan beliau, maka sudah tentunya boleh dihukum di bawah Akta SPRM.

13.  Sungguh malang bagi rakyat Sabah, kerana perbuatan beberapa individu yang tidak bertanggungjawab, nama Sabah jadi sorotan, bukan kerana banyaknya agensi Kerajaan Negeri mendapat 5 bintang dalam pengurusan kewangan daripada Ketua Audit Negara, akan tetapi isu menyeleweng wang rakyat, dan wang itu adalah untuk rakyat yang benar-benar memerlukan.




M. Rakunman
12.10.2017


Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta