Tindakan SPRM Boleh “backfire” ?



Jika tindakan SPRM mendedahkan salahlaku, seperti rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa berterusan sehingga pendakwaan ke mahkamah, maka tindakan  agensi itu, memang tindakan “genuine”, namun jika tindakan mereka hanya bertujuan mencipta persepsi, kerana “memeram” siasatan, apatah lagi dalam masa yang panjang, maka ianya akan “backfire” kepada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri yang diperintah parti Barisan Nasional.

2.  Memang mudah menyediakan kertas pertuduhan, namun apakah pertuduhan itu mempunyai fakta yang mencukupi sehinggakan mereka yang kena tuduh didapati bersalah, atau kah selepas perbicaraan OKT dibebaskan mahkamah.

3.  Pihak Peguam Negara mempunyai pertimbangan dalam menentukan pertuduhan, yang mana pertuduhan itu mempunyai 90% boleh terbukti di mahkamah.

4.  Dalam isu skandal RM7.5bilion dana KKLW daripada Tahun 2009-2015 untuk kawasan luar bandar Sabah, dikatakan sejumlah RM1.5bilion daripada dana itu telah diselewengkan.  Bebanan pembuktian kini terletak pada SPRM, bagaimana agensi itu sampai kepada angka demikian.

5.  Apakah mahkamah hanya menerima “pengakuan” daripada para saksi samada lisan atau bertulis, bahawa “kickback” sebesar 20% diberikan, tanpa bukti yang “tangible”!!!.

6.  Memang SPRM merampas sejumlah wang yang  tunai, harta serta geran tanah, selain membekukan beberapa akuan bank berjumlah ratusan juta ringgit, namun agensi itu kena membuktikan hubungan wang serta harta-harta itu dengan dana RM7.5bilion.

7.  Memang SPRM menahan reman beberapa individu yang dipercayai terlibat mengendalikan projek-projek KKLW bernilai RM7.5bilion, namun sejauh mana agensi itu mendapat bukti-bukti yang diperlukan yang boleh diterima pakai di mahkamah.

8.  Mahkamah tidak akan menerima bulat-bulat “pengakuan” secara lisan atau bertulis, tanpa “bukti” nyata, kerana boleh sahaja seseorang yang kena tuduh “menjadikan” dirinya sebagai kambing hitam.

9.  Kalau melihat bukti-bukti lapangan yang telah terdedah, salah satu fakta yang tidak dapat dielak adalah Loji Air Sungai Intan, semporna yang bernilai RM48juta, namun jumalah itu hanya 0.64% daripada RM7.5bilion. Manakala projek-projek yang bersifat penyambungan paip, bekalan elektrik apatah jalan raya kampung, mungkin sudah usang, sehinggakan sukar membuktikan, apakah benar berlakunya penyelewengan.

10.  Dalam isu dana RM7.5bilion KKLW, SPRM kena bertindak cepat mendakwa pihak yang kena tuduh menyeleweng dana, jika tidak, kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang diperintah Bn akan menerima “backfire”.

11.  Parti politik kena ingat, kuasa rakyat, sukar untuk diramal.





M. Rakunman
17.10.2017



Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta