Posts

Showing posts from November, 2017

PRU14 : Apa Pilihan Rakyat Sabah ?

Image
Kalau melihat isu yang di bawa pembangkang, berkisar-kisar pada isu MA63. 2.  Mengapa faktor MA63 menjadi pilihan pembangkang? sebabnya dalam dokumen itu, termaktub berkaitan hak-hak Sabah, apa kah itu berkaitan agama, berkaitan ekonomi, mahupun berkaitan status. 3.  Mempergunakan isu MA63, memudahkan mereka membangkitkan berbagai sentimen, yang meliputi semua perkara, daripada kemajuan infrastruktur, kemajuan pendidikan, peluang-peluang perjawatan, peluang-peluang perniagaan dan sebagainya. 4.  Adalah cukup mudah bagi pembangkang membakar perasaaan rakyat Sabah, apabila merujuk kepada MA63.  Sebab itu, apabila diperhatikan, setiap mereka yang mempunyai sentimen anti  Persekutuan, cukup mudah mengenali mereka apabila KERAP MEMBANDINGKAN ANTARA APEL DAN DURIAN, mereka bercakap TIDAK berasaskan perbandingan setara, akan tetapi KERAP SANGAT  memesongkan FAKTA . Sebagai misalan, apabila merujuk berkaitan jalan raya, MEREKA tidak membezakan antara jalan raya antara negeri dan jalan

Pemimpin BN Sibuk Bantu Rakyat - Pemimpin Warisan Pula Sibuk Menipu

Image
Para pemimpin Bn Sabah sibuk membahas Bajet 2018 Sabah yang berjumlah RM4,104.35 juta, untuk Memperkasakan Ekonomi dan Mensejahterakan Rakyat, pemimpin parti Warisan Sabah pula sibuk menipu. 2.  Mengapa pemimpin parti itu, khususnya ADUN Likas, Junz Wong asyik menipu? sebabnya kemungkinan genetik beliau memang termasuk dalam genetik suka menipu. 3.  Sebelum ini, ADUN Likas, dahulunya wakil rakyat parti DAP, kemudian melompat ke parti Warisan, kerana mengejar kedudukan pernah digantung selama 6 bulan sebagi ADUN, kerana menipu  melalui dakwaan, bahawa seorang wanita di Suria Sabah cedera kerana diragut/dirompak, sedangkan faktanya wanita itu mencederakan dirinya sendiri. 4.  Kini, ADUN Likas itu, selain berhadapan saman daripada Datuk Ramlee Marhaban kerana memfitnah ADUN Bogaya merangkap pembantu Menteri Kewangan Sabah itu, juga Naib Presiden parti Warisan itu, didapati menipu dengan mendakwa kononnya beliau mahu mencater pesawat G200 milik Sabah Air Sdn Bhd, namun mendakwa pe

Kepimpinan Shafie Dipersoal

Image
Julung kalinya seorang pemimpin islam dalam negara ini mencampuri urusan agama lain. Sejak merdeka, tiada pemimpin islam yang pernah membuat kenyataan mencampuri urusan agama lain, seperti mana kenyataan Shafie di Keningau pada hujung minggu lalu. 2.  Kalau adapun pemimpin islam menyatakan berkaitan dengan agama selain agama islam, hanya berkisar, bahawa anutan agama bagi setiap rakyat negara ini terperlihara dalam perlembagaan negara, ertinya, setiap rakyat bebas mengamalkan pegangan agama masing-masing. 3.  Kenyataan Presiden parti Warisan Sabah itu, mencampuri urusan agama lain, apatah lagi termasuk mempersoalkan para individu penganut agama lain, merupakan satu tindakan bukan sahaja melampui batas atau keterlaluan, akan tetapi kepimpinan beliau telah kehilangan integriti sebagai pemimpin yang beragama islam. 4.  Shafie sebagai pemimpin islam, telah melangkau batas sebagai penganut agama islam, yang mana dalam agama itu, sentiasa berpegang kepada kepercayaan, agamaku, agamak

Bajet Sabah 2018 : BN Lebih dahulu utamakan golongan anak muda

Image
Bajet Sabah yang dibentangkan oleh YAB Ketua Menteri Sabah Jumaat lalu secara langsungnya dilihat sebagai suatu pengiktirafan yang tinggi kepada generasi muda, khasnya di negeri ini. Tindakan kerajaan negeri Sabah yang mengambil kira pendapat serta cadangan yang diutarakan oleh anak-anak muda melalui beberapa siri Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dianjurkan di seluruh negeri itu telah membuktikan bahawa kerajaan komited untuk bersama-sama merealisasikan aspirasi rakyat. Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Sabah, Yamani Hafez Musa dipetik sebagai berkata, "Pemuda BN Sabah mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Musa Aman kerana mengambil kira pandangan generasi muda dan menjadikannya agenda kerajaan menerusi Bajet Sabah 2018. Antara perkara yang dimaksudkan ialah pengenalan Skim Jaya Perantis Anak Sabah (SYABAS) yang memberi peluang latihan bekerja dalam industri bukan sahaja kepada graduan di peringkat universiti, malah lulusan diploma dan juga sij

Parti PBS di Persimpangan ?

Image
Apabila meneliti ucapan Tan Sri Pairin Kitingan sempena Persidangan Tahunan ke-32 parti itu, menggambarkan parti itu dalam persimpangan. 2.  Di lain pihak,  sebelah kaki di berada dalam perjuangan parti Barisan Nasional, di lain pihak pula kaki berada dalam perjuangan parti pembangkang. 3.  Dalam dunia politik, hanya satu pendekatan, berpihak sepenuhnya atau menolak sepenuhnya, bukan mengambil jalan selamat. 4.  Jika benarlah telaahan penulis berkaitan ucapan Presiden PBS itu, maka pucuk pimpinan parti Barisan Nasional kena berhati-hati, kerana parti itu mempunyai rekod masa lampu, yang sanggup meninggalkan kawan dalam masa berperang. 5.  PBS sebenarnya berkedudukan serba salah. Terus bersama parti Barisan Nasional, akan menyebabkan banyak calon-calon parti itu akan tewas pada PRU-14 akan datang. 6.  Jika memilih sebagai pembangkang, sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan beberapa calon atau kawasan yang tandingi parti itu  jatuh ke tangan pembangkang, seperti mana berlak

Siapa Kata Rakyat Sabah Sokong Parti Warisan?

Image
Tiada fakta atau bukti, menerusi sistem demokrasi, bahawa parti Warisan Sabah mendapat sokongan rakyat Sabah. 2.  Parti yang ditubuhkan pada Oktober 2016 oleh mantan Naib Presiden Umno Datuk Shafie Apdal, hanya mendapat pemimpin yang berstatus wakil rakyat, kerana ikhsan parti lain, bukannya atas sokongan rakyat, apa tah lagi sokongan terhadap perjuangan parti itu “Sabah for Sabahan”. 3.  Datuk Shafie Apdal dan Datuk Jaujan Sambakong, berstatus wakil rakyat, kerana bertanding atas tiket Umno pada PRU-13, demikian juga Darell Leiking dan Terence Siambun atas tiket  parti PKR, tidak kurang juga kepada Junz Wong atas tikit parti DAP. 4.  Semasa rakyat mengundi mereka pada PRU-13, bukan berasaskan perjuangan mereka sekarang “Sabah for Sabahan” akan tetapi rakyat mengundi atas faktor perjuangan parti yang mereka wakili pada PRU tersebut. 5.  Mereka itu, tidak boleh menganggap, apabila mereka bertukar parti, maka rakyat yang mengundi mereka dahulu, maka akan juga mengundi mereka m

MA63 : Betul Kah Isu Di Sabah ?

Image
Menurut Joseph Goebbels jika sesuatu isu yang karut, jika diulang-ulang, maka isu diterima sebagai benar. Demikian juga berkaitan MA63, kerana kerap diulang-ulang, dan mereka yang mengulang-ulang itu, adalah petualang-petulang politik,  maka MA63 menjadi perhatian, sehinggakan ditubuhkan jawatan kuasa yang dipengerusikan dua menteri persekutuan (Datuk Anifah Aman dan Datuk Nancy Shukri). 2.  MA63, ibarat sebuah perkahwinan antara seorang pria dan wanita yang saling mencintai dan memutuskan untuk berkahwin 54 tahun lalu.  Dalam perjalanan masa yang melebih setengah abad, kini, ada anak-anak atau cucu-cucu antara dua insan itu, terbahagi-bahagi pandangan mereka berkaitan perkahwinan itu. Ada yang gembira/suka, ada yang ragu-ragu dan ada yang mempertikai perkahwinan itu. 3.  Bagi mereka yang suka/gembira, kerana merasa bersyukur, kerana adanya perkahwinan itu, maka menikamti apa yang perlu dinikmati sebagai pewaris kepada dua insan tersebut. Manakala yang ragu-ragu, hanya ker

Skandal Dana RM7.5bilion KKLW: ApaKah Shafie Dipergunakan Orang-Orang Di sekeliling Beliau?

Image
Kalaulah hujah Ketua Wira parti Warisan Sabah- Datuk Aziz Jamman diambilkira, kononnya, Datuk Shafie Apdal menjalankan hidup sederhana jika dilihat rumah milik beliau di Kota Kinabalu dan Semporna, menggambarkan bahawa mantan menteri KKLW itu tidak mendapat “manfaat” daripada RM1.5bilion yang diselewengkan.  Jika demikian duduk perkaranya, maka Shafie dipergunakan oleh orang-orang sekeliling beliau termasuklah Aziz, Peter Anthony, adik beradik Shafie selain keluarga beliau untuk mempengaruhi mantan menteri itu memberikan projek-projek kepada syarikat-syarikat yang dikawal mereka. 2.  Melihat kelojikan kepada hujah Aziz, seolah-olah Shafie menjadi mangsa keadaan. Sebabnya, daripada segi KPI sebagai menteri, mantan Naib Presiden Umno itu mendapat penghargaan daripada Perdana Menteri pada tahun 2009, 2012 dan 2013. Selain itu, pencapaian KKLW pernah melebihi 100%, iaitu 106%. 3.  Memang Perdana Menteri memberi pujian daripada segi pencapaian membelanjakan dana KKLW yang dikawal Sh

Beza Menyerang Dan Penerangan

Image
Bagi individu atau kumpulan yang menyokong individu tertentu, jika ada pihak lain memberi penerangan atau penjelasan berkaitan seseorang itu, maka jika penerangan itu mendedahkan kelemahan apatah lagi perbuatan yang melawan undang-undang, maka bagi individu itu atau kumpulan yang menyokong beliau, sebarang penerangan atau penjelasan dianggap sebagai serangan peribadi. 2.  Kini pemimpin parti Warisan Sabah, menganggap bahawa sebarang penjelasan atau penerangan berkaitan dengan kelemahan-kelemahan Datuk Shafie Apdal, khususnya semasa MP Semporna itu menerajui KKLW mereka anggap sebagai serangan peribadi. 3.  Mereka mendakwa, menerusi “serangan” itu, maka menunjukkan bahawa Shafie merupakan ancaman kepada mereka. 4.  Dalam satu kenyataan akhbar Ketua Wira parti Warisan Sabah- Datuk Aziz Jamman, mendakwa bahawa Tan Sri Musa Aman dan Datuk Ramlee Marhaban dalam kedudukan terancam, sebab itu mereka “menyerang” Presiden parti Warisan Sabah itu. 5.  Kalau dilihat daripada rekod keny

Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Intan Bukan Untuk Penduduk Sekitar?

Image
Jika diamati skop kerja LRA Sungai Intan, bertujuan untuk merawat air, selain penaiktarafan paip-paip lama yang rosak. Menerusi skop kerja itu, tidak termasuk sumber air yang dirawat. Maknanya, loji itu dibina hanya berfungsi untuk merawat air. Loji itu sama dengan membeli ricecooker, tidak semestinya ada nasi yang dimasak. 2.  Kalau berasaskan skop kerja membina loji itu, memangpun tiada masalah, sebabnya kos RM48juta telah digunakan untuk membina loji itu. Jika loji itu tidak berfungsi sepenuhnya, kerana tiada air yang diproses, bukan masalah loji itu.  Yang bermasalah, adalah mereka yang mencadangkan membina loji itu. Sebabnya, jika sesebuah loji air dibina, maka lojiknya ada air yang diproses. Demikian juga, jika membeli ricecooker, maka ada nasi yang hendak ditanak. Tidak salah membeli ricecooker, akan tetapi jika tiada nasi yang ditanak, maka kos melepas pembelian itu tidak ekonomik. 3.  Jika SPRM mahu menyiasat tujuan pembinaan loji itu dikaitkan dengan keperluan air pend

Malaysia Dilanda Fitnah !

Image
Rakyat negara ini yang terperangkap dengan perbuatan fitnah, meliputi semua peringkat, baik yang berpendidikan seperti peguam, doktor, jurutera atau profesional lain, apatah lagi mereka yang menganggap pemimpin politik. 2.  Selain itu, mereka yang terperangkap sebagai penabur fitnah tidak terhad kepada fahaman agama, apakah mereka itu haji, ustaz, paderi, atau sewaktu dengannya. 3.  Para pengkaji ilmu sosial perlu mengkaji fenomina suka berbohong, memfitnah dikalangan rakyat negara ini, apa kah faktor penyebab kepada gejala itu. 4.  Perbuatan fitnah dan bohong, boleh menguggat sesebuah kerajaan, malah kerajaan parti Barisan Nasional telah mengalaminya, untuk dua PRU negara ini, iaitu PRU-12 dan 13.  5.  Berdepan dengan PRU-14, nampaknya faktor fitnah dan bohong, dan kini, dilengkapi dengan berita palsu (fake news). 6.  DS Najib Razak dalam tweet beliau semalam, mengakui, jika bohong dan fitnah di media sosial berjaya dijawab atau ditangani, maka peluang Bn menang PRU-14 s

Benarkah Ekonomi Sabah Tenat ?

Image
Apa tolok ukur sesebuah negeri tenat? Pertama, apabila barang lifestyle , seperti rumah, premis-premis perniagaan mewah , barangan mahal seperti kereta berjenama tiada pembeli, restoran-restoran tutup, hotel-hotel mengurangkan kakitangan, kilang-kilang tutup, manakala  barangan yang bercorak keperluan harian seperti beras, sayur, tepung itu sahaja yang mempunyai pembeli. 2.  Jangan cakaplah, mereka yang naik pesawat, apatah lagi menaiki pesawat  kelas perniagaan atau kelas pertama. 3.  Jika ekonomi tenat, maka mereka yang boleh menaiki pesawat adalah mereka yang terlibat kegiatan haram  seperti pasaran gelap, pengubahan wang haram serta wang rasuah. 4.  MP Penampang semasa berucap di dewan rakyat pada sesi kali ini, mendakwa bahawa ekonomi Sabah tenat, sebab itu, rakyat tidak mampu membeli pakaian di pasar-pasar raya, sebaliknya hanya daripada peniaga pakaian lusuh atau rombengan. 5.  Beliau meggambarkan bahawa, jika rakyat tidak membeli pakaian daripada peniaga rombengan, m

Projek KKLW : Empat Kali Pasang Paip, Tapi Air Tiada - MP Tenom

Image
Ucapan Yb Raime Unggi MP Tenom di Dewan Rakyat pada sesi parlimen kali ini,  menceritakan pengalaman beliau sebagai seorang wakil rakyat yang mewakili rakyat luar bandar. 2.  Intipati ucapan beliau antara lain, mengatakan bahawa pada umur manusia yang sudah menjangkau umur persaraan, seharusnya, merasai kemudahan asas tidak perlu timbul lagi. Namun, disebabkan perbuatan seorang pemimpin Sabah yang diamanahkan untuk melaksanakan tanggungjawab itu telah mensia-siakan harapan rakyat itu. 3.  Malah menurut beliau tindakan mereka yang merampas hak rakyat luar bandar itu, lebih teruk daripada teroris atau penjayah yang membunuh manusia, kerana perbuatan sekumpulan individu itu termasuk merampas hak orang miskin dan anak yatim, adalah perbuatan yang dikutuk oleh semua agama. 4.  Cuba bayangkan menurut wakil rakyat itu, kemerdekaan Sabah menerusi Persekutuan Malaysia sudah mencapai 54 tahun, satu usia yang cukup matang, namun rakyat Sabah khususnya rakyat luar bandar masih dinafikan d

Shafie Sanggup Berbohong Kerana Politik !

Image
Sangat ketara pembohongan Datuk Shafie Apdal, apabila beliau mendakwa bahawa beliaulah yang memperkenalkan Dato Seri Najib Razak kepada rakyat Sabah. Tanpa beliau, Najib tidak akan dikenali rakyat Sabah apatah lagi sokongan. 2.  Presiden parti Warisan Sabah itu lupa, bahawa Dato Seri Najib Razak telah menjadi wakil rakyat sejak tahun 1976.  Apabila Umno masuk ke Sabah pada tahun 1991, Najib adalah Ketua Pemuda Umno Malaysia. Sebelumpun Shafie menjadi wakil rakyat pada tahun 1995 mewakili Umno, Najib adalah Naib Presiden parti. Cuba bayangkan, naib presiden sebuah parti, yang memilih Shafie bertanding tidak dikenali rakyat Sabah. 3.  Sebenarnya, Dato Seri Najib Razaklah yang menjadikan Shafie mempunyai kedudukan, sehinggakan mencapai kedudukan Naib Presiden parti Umno. Semasa MP Semporna itu bertanding dalam parti, beliau mempunyai tag sebagai “The blue eye boy” Najib Razak, sebab itulah beliau mendapat sokongan dan menang, meskipun julung kalinya bertanding Naib Presiden. 4. 

SPRM Siasat Shafie- Maka Jadi Hero?

Image
Benarkah anggapan bahawa tindakan SPRM menyiasat Datuk Shafie Apdal kerana skandal Dana RM7.5bilion KKLW maka beliau menjadi hero?  Jika demikian, maka untuk menjadikan seseorang pemimpin itu menjadi hero, maka SPRM perlu membuat siasatan.   2.  Ada pihak-pihak yang membuat dakwaan, antaranya mantan pemimpin Sabah tahun 80-an dan seorang penganalisis daripada UNIMAS kononnya, parti Warisan Sabah akan mendapat sokongan rakyat Sabah, hanya kerana Presidennya disiasat SPRM. 3.  Mereka itu mendakwa, bahawa rakyat Sabah menganggap SPRM bertindak selektif dalam menjalankan siasatan. Makna dakwaan itu, maka di Sabah atau di negara ini banyak sangat pemimpin yang terlibat rasuah, akan tetapi tidak disiasat. 4.  Sungguh malang bagi para pemimpin yang rasuah itu tidak menjadi hero, hanya kerana tidak disiasat SPRM. 5.  Jika benar atau ada kelojikan, bahawa pemimpin yang terpalit rasuah atau salah guna kuasa kemudiannya apabila disiasat, maka menjadi hero, maka adalah diminta bahawa pe