Parti PBS di Persimpangan ?



Apabila meneliti ucapan Tan Sri Pairin Kitingan sempena Persidangan Tahunan ke-32 parti itu, menggambarkan parti itu dalam persimpangan.

2.  Di lain pihak,  sebelah kaki di berada dalam perjuangan parti Barisan Nasional, di lain pihak pula kaki berada dalam perjuangan parti pembangkang.

3.  Dalam dunia politik, hanya satu pendekatan, berpihak sepenuhnya atau menolak sepenuhnya, bukan mengambil jalan selamat.

4.  Jika benarlah telaahan penulis berkaitan ucapan Presiden PBS itu, maka pucuk pimpinan parti Barisan Nasional kena berhati-hati, kerana parti itu mempunyai rekod masa lampu, yang sanggup meninggalkan kawan dalam masa berperang.

5.  PBS sebenarnya berkedudukan serba salah. Terus bersama parti Barisan Nasional, akan menyebabkan banyak calon-calon parti itu akan tewas pada PRU-14 akan datang.

6.  Jika memilih sebagai pembangkang, sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan beberapa calon atau kawasan yang tandingi parti itu  jatuh ke tangan pembangkang, seperti mana berlaku pada PRU 1990.

7.  Bagi parti itu, menyertai pembangkang, tiada jaminan calon-calon parti itu akan menang sepenuhnya, akan tetapi dapat menyelematkan sebahagian besar calon-calon parti itu, manakala kekal dalam Barisan Nasional, akan kehilangan banyak kerusi, sehinggakan jumlah yang dimenangi akan lebih sedikit berbanding pencapaian pada PRU-13.

8.  Parti itu tahu, menyertai pembangkang, tidak akan menyebabkan parti itu bersama parti pembangkang lain menubuhkan kerajaan negeri. Paling kuatpun pembangkang plus PBS, akan menang 24 kerusi daripada 60 atau 73. Jika demikian kedudukannya, adalah tidak berbaloi, parti itu “menyertai” parti pembangkang.

9.  Tindakan parti itu”echo” perjuangan pembangkang, bukan menjadi penyelamat kepada parti itu, malah menyebabkan pengundi keliru.

Tindak tanduk parti itu, sebelah kaki pada kubu Barisan Nasional, 
sebelah kaki pada parti pembangkang, 
boleh menjadi pendorong “berakhirnya” 
parti itu dalam arena politik Sabah.




MR
19.11.2017



Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta