Pemimpin BN Sibuk Bantu Rakyat - Pemimpin Warisan Pula Sibuk Menipu


Para pemimpin Bn Sabah sibuk membahas Bajet 2018 Sabah yang berjumlah RM4,104.35 juta, untuk Memperkasakan Ekonomi dan Mensejahterakan Rakyat, pemimpin parti Warisan Sabah pula sibuk menipu.

2.  Mengapa pemimpin parti itu, khususnya ADUN Likas, Junz Wong asyik menipu? sebabnya kemungkinan genetik beliau memang termasuk dalam genetik suka menipu.

3.  Sebelum ini, ADUN Likas, dahulunya wakil rakyat parti DAP, kemudian melompat ke parti Warisan, kerana mengejar kedudukan pernah digantung selama 6 bulan sebagi ADUN, kerana menipu  melalui dakwaan, bahawa seorang wanita di Suria Sabah cedera kerana diragut/dirompak, sedangkan faktanya wanita itu mencederakan dirinya sendiri.

4.  Kini, ADUN Likas itu, selain berhadapan saman daripada Datuk Ramlee Marhaban kerana memfitnah ADUN Bogaya merangkap pembantu Menteri Kewangan Sabah itu, juga Naib Presiden parti Warisan itu, didapati menipu dengan mendakwa kononnya beliau mahu mencater pesawat G200 milik Sabah Air Sdn Bhd, namun mendakwa pesawat itu tidak tersedia untuk disewa.

5.  Mengapa pemimpin parti Warisan Sabah, sibuk dengan perkara-perkara remeh? sebabnya, hanya semata-mata untuk mengalih padang rakyat daripada mengikuti skandal yang berlaku pada pucuk pempinan parti itu.

6.  Seperti mana diketahui rakyat, Presiden , Naib Presiden dan Ketua Pemuda parti itu, sedang dalam jaminan SPRM, berkaitan skandal dana RM7.5bilion KKLW yang dianggarkan tidak kurang RM1.5bilion telah diselewengkan. Dalam istilah SPRM, seseorang OKT (orang kena tuduh) jika dalam jaminan agensi itu, ertinya seseorang itu masih terikat dalam siasatan sebelum dihadapkan ke mahkamah untuk pendakwaan.

7.  Para pemimpin parti Warisan, mencuba sedaya upaya mengalih padang rakyat daripada isu utama yang dihadapi parti itu, dengan membuat dakwaan bohong dan fitnah, termasuk menuduh pemimpin utama KDM yang beragama kristian sebagai hipokrit, menduduh Tan Sri Musa Aman memiliki jet peribadi, mempersoal bagaimana Datuk Ramlee Marhaban mempunyai rumah agam.

8.  Rakyat Sabah yang celik dan rasional, tidak akan mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah bohong dan fitnah daripada pemimpin parti itu, kerana rakyat tahu semuanya itu hanya sebagai mengalih pandang rakyat daripada isu sebenar yang melanda pucuk pimpinan parti itu.

Yakinlah, cerita bohong dan fitnah tidak akan kemana-mana, 
seperti kata peribahasa, 
hilang kabus, nampaklah gunung.




Mr
22.11.2017


Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta