Siapa Kata Rakyat Sabah Sokong Parti Warisan?


Tiada fakta atau bukti, menerusi sistem demokrasi, bahawa parti Warisan Sabah mendapat sokongan rakyat Sabah.

2.  Parti yang ditubuhkan pada Oktober 2016 oleh mantan Naib Presiden Umno Datuk Shafie Apdal, hanya mendapat pemimpin yang berstatus wakil rakyat, kerana ikhsan parti lain, bukannya atas sokongan rakyat, apa tah lagi sokongan terhadap perjuangan parti itu “Sabah for Sabahan”.

3.  Datuk Shafie Apdal dan Datuk Jaujan Sambakong, berstatus wakil rakyat, kerana bertanding atas tiket Umno pada PRU-13, demikian juga Darell Leiking dan Terence Siambun atas tiket  parti PKR, tidak kurang juga kepada Junz Wong atas tikit parti DAP.

4.  Semasa rakyat mengundi mereka pada PRU-13, bukan berasaskan perjuangan mereka sekarang “Sabah for Sabahan” akan tetapi rakyat mengundi atas faktor perjuangan parti yang mereka wakili pada PRU tersebut.

5.  Mereka itu, tidak boleh menganggap, apabila mereka bertukar parti, maka rakyat yang mengundi mereka dahulu, maka akan juga mengundi mereka menerusi parti baru.  Anggapan sedemikian, hanya anggapan mereka, bukannya anggapan rakyat.

6.  Para pemimpin parti Warisan Sabah sebenarnya tiada merit mempergunakan istilah rakyat menyokong mereka, kerana, parti yang seharusnya mempunyai merit menggunakan istilah demikian adalah, parti-parti yang mendapat mandat daripada rakyat pada PRU-13 lalu, iaitu Bn, parti PKR, DAP dan Star.

7.  Pada PRU-13, Bn menang 48 kerusi daripada 60 kerusi yang dipertandingkan, manakala bukan parti Bn 12. Di Peringkat parlimen pula, Bn menang 22 kerusi daripada 25 kerusi yang dipertandingkan, sementara bukan Bn 3.

8.  Para pemimpin parti Warisan Sabah yang berstatus wakil rakyat, tiada jaminan, bahawa mereka itu akan terus menjadi wakil rakyat menerusi parti baru, kerana indikasi sedemikian tidak disokong di peringkat lapangan.

9.  Mereka tidak boleh menganggap bahawa pengundi yang mengundi mereka dahulu terus menungundi mereka, mereka juga perlu berfikir, bahawa pengundi yang mengundi mereka dahulu sedang menunggu untuk menghukum mereka.

10.  Mereka perlu berfikir secara rasional, bukan hanya berfikir syiok sendiri.

11.  Mereka juga perlu berfikir, bagaimana reaksi rakyat terhadap parti itu, terutama dengan terdedahnya, tindak tanduk pemimpin utama parti itu, yang terkait dengan skandal penyelewengan wang rakyat.

12.  Kepada pemimpin parti Warisan Sabah, berhentilah mempergunakan istilah rakyat, kerana anda sebenarnya diketawakan sendiri oleh rakyat.

13.  Apa tah lagi, rakyat tahu, bahawa parti itu dipimpin budak-budak amatur atau ingusan seperti Aziz Jamman, Junz Wong, bukan pun mempunyai latar belakang pejuang, akan tetapi hanya tahu bagai mana membuat dakwaan bohong.Siapa Kata Rakyat Sabah Sokong Parti Warisan?

1.  Tiada fakta atau bukti, menerusi sistem demokrasi, bahawa parti Warisan Sabah mendapat sokongan rakyat Sabah.

2.  Parti yang ditubuhkan pada Oktober 2016 oleh mantan Naib Presiden Umno Datuk Shafie Apdal, hanya mendapat pemimpin yang berstatus wakil rakyat, kerana ikhsan parti lain, bukannya atas sokongan rakyat, apa tah lagi sokongan terhadap perjuangan parti itu “Sabah for Sabahan”.

3.  Datuk Shafie Apdal dan Datuk Jaujan Sambakong, berstatus wakil rakyat, kerana bertanding atas tiket Umno pada PRU-13, demikian juga Darell Leiking dan Terence Siambun atas tiket  parti PKR, tidak kurang juga kepada Junz Wong atas tikit parti DAP.

4.  Semasa rakyat mengundi mereka pada PRU-13, bukan berasaskan perjuangan mereka sekarang “Sabah for Sabahan” akan tetapi rakyat mengundi atas faktor perjuangan parti yang mereka wakili pada PRU tersebut.

5.  Mereka itu, tidak boleh menganggap, apabila mereka bertukar parti, maka rakyat yang mengundi mereka dahulu, maka akan juga mengundi mereka menerusi parti baru.  Anggapan sedemikian, hanya anggapan mereka, bukannya anggapan rakyat.

6.  Para pemimpin parti Warisan Sabah sebenarnya tiada merit mempergunakan istilah rakyat menyokong mereka, kerana, parti yang seharusnya mempunyai merit menggunakan istilah demikian adalah, parti-parti yang mendapat mandat daripada rakyat pada PRU-13 lalu, iaitu Bn, parti PKR, DAP dan Star.

7.  Pada PRU-13, Bn menang 48 kerusi daripada 60 kerusi yang dipertandingkan, manakala bukan parti Bn 12. Di Peringkat parlimen pula, Bn menang 22 kerusi daripada 25 kerusi yang dipertandingkan, sementara bukan Bn 3.

8.  Para pemimpin parti Warisan Sabah yang berstatus wakil rakyat, tiada jaminan, bahawa mereka itu akan terus menjadi wakil rakyat menerusi parti baru, kerana indikasi sedemikian tidak disokong di peringkat lapangan.

9.  Mereka tidak boleh menganggap bahawa pengundi yang mengundi mereka dahulu terus menungundi mereka, mereka juga perlu berfikir, bahawa pengundi yang mengundi mereka dahulu sedang menunggu untuk menghukum mereka.

10.  Mereka perlu berfikir secara rasional, bukan hanya berfikir syiok sendiri.

11.  Mereka juga perlu berfikir, bagaimana reaksi rakyat terhadap parti itu, terutama dengan terdedahnya, tindak tanduk pemimpin utama parti itu, yang terkait dengan skandal penyelewengan wang rakyat.

12.  Kepada pemimpin parti Warisan Sabah, berhentilah mempergunakan istilah rakyat, kerana anda sebenarnya diketawakan sendiri oleh rakyat.

Rakyat tahu bahawa parti itu dipimpin budak-budak amatur 
atau hingusan seperti Aziz Jamman, Junz Wong, bukan pun mempunyai 
latar belakang pejuang, akan tetapi hanya tahu 
bagaimana membuat dakwaan bohong.




MR
18.11.2017



Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta