Posts

Showing posts from December, 2017

DILEMA PERBELANJAAN KEMBALI KE SEKOLAH

Image
Bagi ibu bapa yang cukup pendapatan, perbelanjaan kembali ke sekolah tidak menjadi masalah. Namun bagi mereka yang kurang pendapatan, kembali ke sekolah merupakan satu dilema. 2.  Keperluan sekurang-kurangnya RM1,500 seorang diperlukan, termasuk membeli uniform, kasut, buku tulis, pen dan bayaran-bayaran tertentu semasa mendaftar. 3.  Perbelanjaan persekolahan tidak hanya menghantui ibu bapa pada awal sesi persekolahan sahaja, malah sepanjang tahun kerana setiap sekolah mempunyai kos-kos tambahan lain dan berbeza seperti peruntukkan pembelian buku rujukan, buku latihan “wajib” dan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta hari sukan. 4.  Maka tidak hairan apabila ada ibu bapa pening memikirkan kos yang perlu diperuntuk, selain itu ibu bapa juga berdepan dengan peningkatan kos kehidupan. 5.  Memang jelas perbelanjaan persekolahan amat membebankan ibu bapa tanpa disedari, namun ibu bapa tiada pilihan kerana pendidikan anak-anak paling utama. Pada saat ibu bapa menerima s

PRU-14: Kajian Sikap Pengundi Sabah

Image
Sesuatu  kawasan dapat dikategorikan sebagai PUTIH, KELABU ATAU HITAM ,  ditandai apa kah di kawasan-kawasan tersebut terdapatnya cawangan-cawangan parti Bn dibubarkan, kerana menyertai pembangkang. Sesebuah cawangan atau bahagian terbubar, apabila majoriti Ahli jawatan Kuasa atau ahli keluar daripada parti. 2.  Memang berlaku, ada ahli-ahli parti komponen keluar daripada parti di kawasan-kawasan tertentu termasuklah Semporna,  Keningau, Tenom, Sipiting, Beufort, Kimanis, Penampang, Kudat, malah Kota Belud, namun tidak menyebabkan sebarang pembubaran termasuk di peringkat cawangan. 3.  Memang pembangkang akan bercakap seperti tin kosong, terutamanya mereka yang asalnya ahli parti komponen, kerana memang mereka itu mempunyai rakan malah saling mengenal antara satu sama lain, mendakwa, bahawa mereka yang belum menyertai mereka secara terang, hanya menunggu masa, dan sekaligus akan mengundi pembangkang pada PRU-14. Cerita itulah yang dijajah mereka, apabila masuk kampung keluar ka

Pendapatan Sabah Tahun 1978 - Shafie Tertanggap Basah

Image
     Tahun 1978, sudah 39 tahun berlalu. Untuk meneliti pendapatan tahun itu, sudah tentu menerusi LAPORAN KEWANGAN NEGERI.  Menerusi laporan itu yang tersimpan di arkib Kementerian Kewangan Sabah sangat jelas bahawa pendapatan Sabah tahun itu berjumlah RM524,818,038. Jika rekod itu berbeza dengan carian Presiden parti Warisan Sabah itu, maka rekod itu siapa yang mengeluarkannya? Apa kah catitan peribadi  sumber beliau, iaitu Ketua Akaunan negeri masa itu? Ibrahim Menudin? Di sini timbul persoalan, mengapa sebagai Akauntan negeri yang menyediakan LAPORAN kewangan tidak mencatit RM4bilion? mengapa hanya seperti mana angka yang boleh disemak sekarang?      Sesiapapun termasuk Datuk Ramlee Marhaban akan melihat angka yang tertulis, kerana angka itu merupakan angka rasmi dan telah diaudit.      Kini, Bendahari Agung parti Warisan Sabah, Terennce Siambun mendakwa, bahawa Pembantu Menteri Kewangan Negeri itu tersilap angka, dan kononnya cuba memperdaya rakyat!!!.  Datuk Ramlee hanya

Kerajaan Rasuah Hanya Dakwaan Palsu

Image
Apabila mantan pemimpin MCA Eric Vun bersama 500 ahli parti itu di Sabah bagi kawasan Kapayan menyertai parti Warisan Sabah hujung minggu lalu memberi alasan, kononnya mereka meninggalkan parti mereka, kerana kerajaan yang dipimpin parti Barisan Nasional adalah rasuah. Dakawaan itu sebenarnya membuta tuli, kerana di Sabah tiada pemimpin kerajaan yang pernah ditangkap atau disiasat kerana tuduhan rasuah. Eric Vun seolah-olah buta dan pekak, apabila tidak mengakui bahawa Presiden parti Warisan Sabah, adalah salah seorang individu yang telah ditangkap dan disiasat SPRM kerana rasuah, malah pemimpin itu sedang menunggu untuk dihadapkan ke mahkamah. Dakwaa Eric, hanya bersifat rekaan, kerana tiada bukti atau fakta yang menunjukkan, bahawa pemimpin atau kerajaan Sabah adalah rasuah. Kalaulah kerajaan Sabah mengamalkan rasuah, tidak mungkin kewangan negeri bertambah begitu tinggi sekali, kerana pada tahun 2003 simpanan wang negeri hanya RM184juta, kini mencecah RM3.74bilion. Manaka

PRU-14: Boleh Sudah Diteka

Image
Selepas taklimat Presiden, maka masa PRU-14 semakin boleh diteka. Kemungkinan besar parlimen dibubar pada Januari 2018 semakin kuat, apabila salah seorang pemimpin veteran Umno Tan Sri Ali Rustam memberitahu, bahawa Presiden berpesan agar para pemimpin berada dikawasan masing-masing pada permulaan tahun. 2.  Jika parlimen dibubar pada januari 2018, maka SPR mempunyai masa selama 60 hari untuk mengadakan PRU-14. PRU-13 jatuh pada Mei 2013. Jika parlimen dibubar pada Januari, maka pilihan raya perlu diadakan pada antara Februari-April.  Walau bagaimanapun, tarikh PRU akan ditentukan oleh SPR. Jika agensi itu menentukan sebelum Tahun Baru China yang jatuh pada 17-18 Februari, maka kemungkin parlimen dibubarkan pada minggu pertama bulan Januari. Jika parlimen dibubarkan pertengahan bulan januari, maka kemungkinan hari pengundian selepas Tahun Baru Cina, iaitu pada minggu kedua Mac, iaitu pada 11 Mac. Angka 11 adalah kegemaran Perdana Menteri. 3.  Parti Barisan Nasional berdepan deng

ANTARA FAKTA DAN FANTASI

Image
Mana yang dipercaya, fakta kah atau fantasi?  Kalau bercerita berkaitan FAKTA, RCI Forex Bank Negara telah membuat rumusan bahawa sejumlah RM31.5bilion telah hangus daripada tahun 1990-1993 menerusi spekulasi perdagangan mata wang asing oleh pihak-pihak tertentu dalam agensi itu. 2.  Kita tahu, masa itu Perdana Menteri adalah Tun Dr Mahathir Mohammad dan Menteri Kewangan adalah Dato Seri Anwar Ibrahim. 3.  Masalah utama berkaitan kerugian Bank itu adalah kenyataan palsu berkenaan jumlah yang dialami agensi itu, iaitu RM5.7bilion. Kerajaan masa itu, bukan sahaja menipu barisan kabinet akan tetapi parlimen. Cuba bayangkan lebih 30 tahun, baru diketahui, bahawa pemimpin kerajaan masa itu menipu berkaitan kerugian yang dialami. 4.  Lebih 20 tahun, Lim Kit Siang begitu gigih sekali mendesak agar RCI ditubuhkan bagi menyiasat kerugian yang dialami Bank Negara, malah pemimpin DAP menulis buku mengenainya. 5.  Kini, selepas RCI ditubuhkan dan rumusan telah dibuat, malah Setiausaha

Menjelang PRU-14: Tepunya Suasana Politik

Image
Hampir 5 tahun, sejak 2013, saban hari setiap tindakan kerajaan dipolitikkan, namun menjelang PRU-14, semacam keadaan politik sudah tepu. 2.  Tanda-tanda tepunya politik, apabila pembangkang cuba menimbulkan berbagai dakwaan palsu bukan berkaitan politik, akan tetapi pemerintahan. 3.  Penyebaran borang palsu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kononnya jabatan itu dalam rangka memberikan kewarganegaraan kepada rakyat asing dengan syarat, perlu mengundi parti Barisan Nasional, menunjukkan bahawa pembangkang kehabisan isu atau modal untuk berpolitik. 4.  Parti pembangkang Sabah khususnya penyokong parti warisan Sabah yang turut sama mengwar-warkan selain memviralkan borang palsu itu, menunjukkan bahawa isu politik tempatan juga sudah tepu. 5.  Contoh suasana politik Sabah juga sudah tepu, apabila timbulnya dakwaan oleh mantan Ketua Pemuda PBS, Datuk Jake Nointen yang menyertai parti Warisan Sabah, bahawa PBS akan meninggalkan parti Bn menjelang PRU-14. 6.  Selain itu, berlakun