Menjelang PRU-14: Tepunya Suasana Politik


Hampir 5 tahun, sejak 2013, saban hari setiap tindakan kerajaan dipolitikkan, namun menjelang PRU-14, semacam keadaan politik sudah tepu.

2.  Tanda-tanda tepunya politik, apabila pembangkang cuba menimbulkan berbagai dakwaan palsu bukan berkaitan politik, akan tetapi pemerintahan.

3.  Penyebaran borang palsu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kononnya jabatan itu dalam rangka memberikan kewarganegaraan kepada rakyat asing dengan syarat, perlu mengundi parti Barisan Nasional, menunjukkan bahawa pembangkang kehabisan isu atau modal untuk berpolitik.

4.  Parti pembangkang Sabah khususnya penyokong parti warisan Sabah yang turut sama mengwar-warkan selain memviralkan borang palsu itu, menunjukkan bahawa isu politik tempatan juga sudah tepu.

5.  Contoh suasana politik Sabah juga sudah tepu, apabila timbulnya dakwaan oleh mantan Ketua Pemuda PBS, Datuk Jake Nointen yang menyertai parti Warisan Sabah, bahawa PBS akan meninggalkan parti Bn menjelang PRU-14.

6.  Selain itu, berlakunya pemimpin parti Bn saling menyalahkan antara satu sama lain, dengan dakwaan, bahawa jika pemimpin tertentu menjadi calon melawan Datuk Shafie Apdal di kawasan Semporna, samada ADUN atau Parlimen maka akan kalah. Menerusi dakwaan itu, maka menunjukkan bahawa tiada pihak yang boleh mengalahkan Presiden parti Warisan Sabah itu di kawasan tradisi beliau.

7.  Berasaskan kepada perbalahan dalaman itu (hanya di kawasan Semporna), penulis meramalkan, bahawa pada PRU-14, kawasan Semporna baik Parlimen mahu DUN, bakal jatuh ke tangan pembangkang, bukan kerana isu politik, akan tetapi isu dalaman dalam parti Bn, khususnya parti Umno.

8.  Adalah satu kelajiman, jika politik sudah tepu, maka akan berlaku perbalahan sesama sendiri. Perbalahan sesama sendiri berlaku, hanya satu sebab, kerana wujudnya dua kumpulan. Kata peribahasa cina, tidak akan ada dua harimau di bukit yang sama.

9.  Keadaan yang sama juga berlaku di Parlimen Kota Belud. Namun bahangnya tidaklah sepanas di di Semporna. Dua kawasan itu jauh berbeza, kerana Kota Belud tidak terdapatnya pemimpin pembangkang yang perlu dikalahkan. Di kawasan lahirnya anak sulung Umno itu, hanya berlaku, perebutan calon, dan bukannya berkait dengan menang atau kalah.

Kalau melihat tepunya politik Sabah, maka seharusnya, parti Bn tidak menghadapi apa-apa kekangan untuk menang pada PRU-14, akan tetapi jika berlaku masalah dalaman, maka boleh menjurus kepada kekalahan calon-calon parti Bn khususnya di Semporna. Fikir-Fikirkan lah.




MR
30.11.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta