PRU-14 SABAH: PERTEMBUNGAN PERSONALITI


Kalau lah rakyat Sabah mengadili para pemimpin berasaskan personality pada PRU-14, sudah tentunya parti-parti pembangkang tiada peluang untuk menewaskan parti Barisan Nasional.

Daripada sekian ramai pemimpin parti pembangkang, hanya seorang pemimpin belum teruji bertanding dalam pilihan raya sebagai calon parti pembangkang. Pemimpin itu adalah Datuk Shafie Apdal.

Datuk Yong Teck Lee, Datuk Lajim Ukin, Datuk Wilfred Bumburing, Datuk Jeffery Kitingan sudah teruji sebagai calon pembangkang. Di antara mereka itu, Yong tidak lagi pernah menang.

Datuk Lajim dan Bumburing merupakan pemimpin Bn yang keluar daripada Bn menjelang PRU-13, manakala Yong keluar daripada Bn sebaik sahaja Gerakan September tahun 2008 Dato Seri Anwar Ibrahim gagal.

Pada PRU-13, terbukti personality mantan pemimpin BN yang menjadi pembangkang, hanya menyelematkan diri masing-masing, dan tidak membawa impak di kawasan lain, meskipun salah seorang mantan pemimpin UPKO, Maijol Mahap hampir melakukan “upset” di Parlimen Kota Marudu, beliau tewas 842 undi kepada Datuk Maximus Ongkili.

Apa yang perlu dilihat para mantan pemimpin Bn yang menang pada PRU-13 tidak membawa bersama mereka tag yang berupa skandal, berbeza dengan Datuk Shafie Apdal yang membawa tag skandal dana KKLW, tag bersengkokol dengan Tun Dr Mahathir menjatuhkan Dato Seri Najib Razak dengan cara yang tidak demokratik.

Pada PRU-13, Lajim dan Bumburing menang kerana menggunakan parti PKR, manakala Jeffery menang, kerana pertembungan banyak penjuru.

Pada PRU-14, Lajim dan Bumburing mengwakili  parti masing-masing, dan sudah tentunya akan bertembung sesama sendiri dengan parti-parti pembangkang lain. Gabungan personality dan parti tidak lagi menjadi kekuatan kepada mereka, atas sebab itu, peluang untuk mereka menang cukup tipis.

Bagi calon-calon yang dinaungi parti Warisan Sabah, di mana para pemimpin parti itu terkait dengan isu itegriti dan moral, tiada indikasi mereka itu mendapat sokongan rakyat. Darell dan Junz tidak akan mendapat sokongan lagi di kawasan yang mereka menang pada PRU-13, jika masih bertanding di kawasan itu. Dua wakil rakyat ini, sudah dicap sebagai katak oleh para pengundi di kawasan Penampang dan Likas.

Manakala Shafie pula, akan berhadapan dengan para ahli dan penyokong Umno selain para pemimpin parti di kawasan yang pernah beliau wakili selama 22 tahun. Shafie hanya akan menang, jika ahli, penyokong dan pemimpin parti Umno di kawasan itu berpaling tadah. Melihat kepada majoriti yang diperolehi Sahfie pada PRU-13 lalu sebagai calon Umno, maka di atas kertas, tiada tanda-tanda beliau boleh menang di Semporna.

Kalau ada yang mengandaikan bahawa kemenangan Shafie di Semporna sejak tahun 1995 merupakan penyokong peribadi, bermakna, ahli dan penyokong serta pemimpin parti Umno di kawasan itu hanya merupakan rekod di atas kertas. Namun, melihat, kepada fakta lapangan, sejak Shafie keluar daripada parti, tiada pemimpin utama parti ikut sama dengan beliau, kecuali Datuk Jaujan Sambokong, Aziz Jamman, Datu Eranza Saharibu, Puan Manis Muka, manakala para pemimpin lain masih bersama dengan Umno. Demikian juga di kawasan-kawasan lain, tiada pemimpin yang ikut jejak mantan Menteri KKLW itu, termasuk adik beliau sendiri- Datuk Yusof Apdal-ADUN Lahad Datu dan Ketua Umno Silam.

Kalau lah personality Shafie itu hebat, sudah tentu ramai para pemimpin parti akan ikut jejak beliau.

Rakyat Sabah khususnya para pengundi perlu melihat dan mencerna dengan betul, mengapa tiada pemimpin utama Umno menyertai Shafie, melainkan pemimpin yang memang asalnya pembangkang.

Rakyat Sabah jangan terperdaya dengan anggapan, bahawa ramai pemimpin atau ahli Umno mengamalkan seperti api dalam sekam, kononnya, ramai ahli dan penyokong Umno hanya bersama parti Umno di luaran, akan tetapi undi mereka akan diberikan kepada calon-calon parti Warisan Sabah. Persepsi itu, hanya muslihat, dan tidak berpijak di bumi nyata.

Hakikat yang perlu dipertimbangkan, bahawa ahli dan penyokong Umno akan tetapi sebagai pengundi Umno, kini dan selamanya, bukan seperti ahli dan penyokong parti lain yang bertindak seperti Lalang, ikut arah angin bertiup. Ahli dan penyokong Umno adalah mantan-mantan ahli dan penyokong Usno, dan telah terbukti bahawa dalam keadaan parti pembangkangpun suatu masa lalu, ahli dan penyokong Usno tetap mengundi calon-calon Usno, demikian juga apabila mereka berpindah ke dalam parti Umno, undi dan sokongan mereka akan tetap dengan parti itu.

Bagi ahli dan penyokong Umno tiada istilah tikam belakang, kerana perjuangan ahli dan penyokong parti hanya satu, iaitu agama, bangsa dan tanah air (ABATA). Bagi ahli dan penyokong Umno, pemimpin hilang berganti. Berasaskan kepada semangat itu, jika ada yang beranggapan bahawa ahli dan penyokong parti akan ikut jejak pemimpin yang menjadi lawan parti, anggapan itu hanya syiok sendiri.

Ahli dan penyokong Umno, bukan bergantung kepada personality seseorang pemimpin, akan tetapi bersandarkan kepada pemimpin yang setia kepada perjuangan parti. Pemimpin yang setia kepada perjuangan parti, adalah pemimpin yang diberi kretiria berpesonaliti, beritegriti tinggi. Bagi ahli dan penyokong parti, parti adalah segala-galanya.

Berasaskan kepada keadaan itu, jika ada yang beranggapan bahawa Shafie boleh menguggat parti Umno pada PRU-14, ianya hanya persepsi, kerana apa yang pasti berasaskan maklum balas di lapangan, parti Shafie hanya merupakan pesaing dalam pesta demokrasi, bukannya penggugat.



MR

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta