Warisan fitnah Jabatan Perhutanan Sabah guna gambar pembalakan PALSU !


Jabatan Perhutanan Sabah perlu melaporkan kepada Polis dan SKMM kerana dakwaan pembalakan haram Lembangan Maliau menggunakan gambar palsu dan juga akaun Facebook palsu tertera penyokong Warisan.

KOTA KINABALU: Jabatan Perhutanan Sabah menafikan dakwaan mengatakan pembalakan haram sedang berlaku di hutan rizab Lembangan Maliau, mengatakan gambar yang dimuatnaik di Internet memaparkan tanda-tanda peralatan yang tidak ditemui di Sabah.

Ketua Konservator Datuk Sam Mannan berkata dakwaan Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah itu tidak benar, dan membidas kumpulan itu kerana memfitnah dan menyebarkan perkara tidak benar yang berniat jahat.

Gambar yang tersebar di media sosial boleh diambil di mana sahaja di pulau Borneo.

Perkara yang paling tidak konsisten dalam dakwaan-dakwaan itu ialah peralatan yang dipaparkan menunjukkan tanda-tanda pendaftaran yang tidak terdapat di Sabah,” katanya.



Mannan berkata Lembangan Maliau diwartakan sebagai kawasan perlindungan penuh (TPA) maka lesen pembalakan tidak boleh diberikan.

“Pasukan anti pemburuan haram Jabatan Perhutanan Sabah melawat kawasan itu baru-baru ini mengesahkan kemurnian kawasan itu,” katanya, dan menambah rizab hutan itu diurus untuk penyelidikan dan pemeliharaan sahaja.

Lori balak yang dipaparkan dalam foto yang tersebar di media sosial memaparkan pendaftaran Sarawak.

Beliau berkata Lembangan Maliau dikawal baik oleh kehadiran NGO, penyelidik, pelancong dan Yayasan Sabah, di samping pengawasan oleh pihak jabatan.

“Kedudukannya yang dekat dengan Lebuhraya Kalabakan dan mudah didatangi orang juga bermakna sebarang aktivisi mencurigakan akan dikesan dengan segera,” kata Mannan, dan menambah “laporan melulu” membazirkan sumber kerajaan dan tenaga kerja untuk menangani dakwaan itu.

Mannan berkata usaha pemeliharaan hutan dan langkah-langkah perlindungan alam sekitar oleh kerajaan negeri diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Semalam, Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah berkata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman harus dipertanggungjawabkan susulan “bukti baharu” aktiviti pembalakan.

Kumpulan itu turut menyediakan gambar tunggul-tunggul kayu, jentera dan lori membawa balak.

Semakan Sabahkini2 terhadap facebook dan gambar yang digunakan jelas Facebook itu dimiliki oleh penyokong Warisan dengan akaun palsu. Gambar digunakan juga dari carian google dan pernah ditulis dalam blog freesandakantoday 24 DISEMBER 2016. Jadi gambar itu bukan bukti baru ia tulisan 'copy and paste' dikitar semula oleh penama Facebook palsu itu. Jabatan Perhutanan Sabah boleh membuat laporan polis dan mengesan pemfitnah menggunakan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Jika dapat menyaman maka wajar di saman. 




Pendaftaran kenderaan di Sarawak




Tahun 2016: blog freesandakantoday menggunakan imej palsu ini.


Untuk rekod Sabahkini2 telah menyiarkan dokumentari khusus mengenai Hutan Hujan Tropika di Sabah " THE RAINFOREST HEROES OF SABAH"- PART 1 - 7 ". Lembangan Maliau diwartakan sebagai kawasan perlindungan penuh (TPA) dan tidak boleh dibalak. Boleh dilayari di.




Pergantungan pendapatan sumber hutan hanya kira-kira 4 peratus- Sam Mannan
http://sabahkini2.com/en/news/317/pergantungan-pendapatan-sumber-hutan-hanya-kira-kira-4-peratus-sam-mannan/view

Kita pertahankan demi generasi kita yang akan datang- Musa Aman
http://sabahkini2.com/en/news/291/kita-pertahankan-demi-generasi-kita-yang-akan-datang-musa-aman/view

THE RAINFOREST HEROES OF SABAH - SIRI 1-7
http://sabahkini2.com/en/c-26-documentary.html


Sumber : SabahKini

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta